Ramai terkejut patung gergasi seram Squid Game memang wujud

Ramai terkejut patung gergasi seram Squid Game memang wujud
Anak patung gergasi yang muncul dalam filem popular di Netflix, Squid Game rupanya bukan sekadar prop.
Menurut portal Koreaboo, orang ramai baru-baru ini mendapati bahawa patung robot yang muncul dalam permainan ‘Red Light, Green Light’ itu boleh ditemui di taman dan muzium kereta kuda di daerah Jincheon, Korea Selatan.
Difahamkan kru produksi Squid Game meminjam patung itu dari Muzium Jincheon, juga dikenali sebagai Macha Land dan mengembalikannya semula selepas tamat penggambaran.
Namun malangnya, dalam satu muat naik di laman web muzium tersebut pada 27 September lalu, pihak muzium memutuskan untuk tidak lagi mempamerkan patung tersebut di taman tersebut.
Menurut Hankook Ilbo, keputusan menyimpan patung tersebut adalah atas permintaan pengeluar patung yang membuatnya khusus untuk drama terbabit.
Selepas penggambaran selesai, syarikat itu meminta pihak muzium menyimpannya di stor persendirian, namun akibat masalah komunikasi, muzium tersebut mempamerkannya untuk tatapan orang awam sebaik ia disiarkan.
Patung gergasi itu kini telah dibungkus dan akan disimpan di stor muzium.
Memandangkan impaknya yang mampu mengesan peserta Squid Game dan membunuhnya, ia turut tersenarai sebagai ‘patung seram’ sebaris dengan Chucky dan Annabelle.
Sementara menanti pengeluar patung membenarkan ia dipamer semula, peminat boleh menikmati replikanya yang dipamer Netflix di seluruh dunia termasuk di sebuah stesen keretapi di Seoul dan di pusat membeli-belah di Filipina.
Ramai terkejut patung gergasi seram Squid Game memang wujud
Disyorkan Untuk Anda :
- CERITA SEBENAR DI SEBALIK FITNAH MIEYSHAFA TERHADAP ELEWSMART
- SELEPAS KECOH PASAL DATA JPN, KINI KECOH PULA DATA ANGKATAN TENTERA DI JUAL!!!
- DI AFGHANISTAN PESALAH JUDI DI SEBAT, IRONINYA DI MALAYSIA CABUTAN JUDI DI TAMBAH!!!(VIDEO HUKUMAN)
- GELEMBUNG LANGKAWI MULA BERIKAN AMARAN, BUDAK 3 TAHUN DI JANGKITI COVID-19
Lawati Laman Facebook Kami
http://edisisiasat.com/2021/10/01/bersih-2-0-tells-govt-to-improve-political-system-first-instead-of-punishing-voters/