Selisih faham di Facebook punca bakar kereta

Selisih faham di Facebook punca bakar kereta

Selisih faham di Facebook punca bakar kereta

KUALA LUMPUR: Polis menahan lima individu termasuk seorang wanita semalam, berhubung kes khianat memecahkan cermin dan membakar kereta di Jalan BK 5 Bandar Kinrara, dekat Serdang.

Siasatan polis juga mendapati suspek mengaku membakar kereta itu yang dipercayai berpunca daripada pergaduhan dan perselisihan berlarutan di Facebook antara dua pihak.

Suspek berusia antara 36 hingga 42 tahun ditahan selepas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang menerima maklumat terdapat kekecohan di lokasi kejadian pada jam 4 petang hari sama.





Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan, berkata siasatan mendapati seorang suspek menggunakan batu untuk memecahkan cermin kereta Proton Waja di bahu jalan kawasan berkenaan.

“Lelaki itu bertindak sedemikian dalam keadaan marah sambil menjerit, selain melakukan provokasi.

“Lampu dan cermin belakang Proton Waja itu pecah berpunca perbuatan khianat seperti mana dalam empat video yang tular di Facebook,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Anbalagan berkata, pihaknya menahan seorang lagi lelaki berusia 42 tahun kerana membakar kereta berkenaan di lokasi sama, pada jam 8.40 malam hari kejadian.

“Suspek mengaku membakar kereta itu. Kejadian itu dipercayai berpunca daripada pergaduhan dan perselisihan berlarutan di Facebook antara dua pihak.





“Semuanya polis menahan empat lelaki dan seorang wanita yang kini direman mengikut Seksyen 427, 435 dan 506 Kanun Keseksaan,” katanya.

Dalam pada itu, Anbalagan menasihatkan orang ramai supaya tidak bertindak di luar batasan undang-undang yang dikhuatiri boleh mencetuskan kegusaran dan mengancam keselamatan awam.

Selisih faham di Facebook punca bakar kereta


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/10/01/ustaz-kazim-terkena-buatan-orang/

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker