Taliban lepaskan tembakan surai wanita tunjuk perasaan

Taliban lepaskan tembakan surai wanita tunjuk perasaan

KABUL: Taliban hari ini menggunakan kekerasan untuk meleraikan satu tunjuk perasaan kecil bagi hak asasi wanita, dengan melepaskan tembakan ke udara serta menolak penunjuk perasaan, menurut wartawan AFP yang menyaksikan keadaan itu.

Sekumpulan enam wanita berhimpun di luar sebuah sekolah tinggi di timur Kabul dan menuntut hak gadis untuk kembali ke sekolah menengah, selepas Taliban melarang mereka daripada memasuki bilik darjah awal bulan ini.

Wanita terbabit membawa kain rentang yang tertera: “Jangan patahkan pena kami, jangan bakar buku kami, jangan tutup sekolah kami”, sebelum pengawal Taliban merampasnya dari mereka.





Mereka kemudian menolak penunjuk perasaan apabila kumpulan wanita itu cuba meneruskan bantahan, sementara seorang wartawan asing dipukul dengan senapang dan disekat daripada melakukan penggambaran.

Seorang anggota bersenjata Taliban juga melepaskan tembakan ke udara menggunakan senjata automatiknya, kata wartawan AFP.

Penunjuk perasaan terbabit – daripada kumpulan yang dipanggil ‘Gerakan Spontan Aktivis Wanita Afghanistan’ – mencari perlindungan di dalam sekolah.

Pengawal Taliban, Mawlawi Nasratullah, yang mengetuai kumpulan itu dan memperkenalkan dirinya sebagai ketua pasukan khas di Kabul, berkata penunjuk perasaan ‘tidak memaklumkan kepada pihak berkuasa keselamatan mengenai tunjuk perasaan mereka’.

“Mereka berhak melakukan tunjuk perasaan di negara kami seperti di negara-negara lain. Tetapi, mereka mesti memaklumkan institusi keselamatan terlebih dulu,” katanya.





Tunjuk perasaan yang diadakan secara berasingan dengan wanita di barisan hadapan diadakan di bandar di seluruh negara selepas Taliban merampas kuasa, termasuk di bandar barat Herat di mana dua orang ditembak mati.

Namun, bilangan tunjuk perasaan berkurangan sejak kerajaan mengeluarkan perintah, yang tidak membenarkan tunjuk perasaan dan memberi amaran ‘tindakan tegas undang-undang’ ke atas mereka yang melanggarnya.

Setakat ini, hampir dua minggu pelajar perempuan dilarang kembali ke sekolah menengah.

Taliban mengikut tafsiran tegar undang-undang Syariah yang memisahkan lelaki dan wanita serta mengurangkan akses wanita kepada pekerjaan.

Menurut Taliban, mereka perlu mewujudkan keadaan yang sewajarnya sebelum pelajar perempuan dapat kembali bersekolah, tetapi ramai warga Afghanistan berasa sangsi. – AFP





Taliban lepaskan tembakan surai wanita tunjuk perasaan


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


http://edisisiasat.com/2021/10/01/kim-yo-jong-pemimpin-baharu-dilantik-di-korea-utara/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker