Ternyata Dendam Mahathir Pada Najib Masih Membara

Ternyata dendam Dr Mahathir terhadap mantan Perdana Menteri ke 6, DS Najib Razak, masih membara dan tidak akan padam.

Terkini, Dr Mahathir mempertikaikan mengapa DS Najib Razak dan ‘kluster mahkamah’ diberi peluang untuk berucap panjang di Parlimen.

“Di Malaysia ini kita dapati keadaan rule of law sudah berbeza”.

“Sekarang ini kita dapati banyak orang didapati bersalah tetapi masih lagi terus menjadi wakil rakyat”.





“Umpamanya, menasihati kerajaan bagaimana membelanjakan belanjawan kita (negara) dan tiada tindakan yang diambil terhadap orang ini walaupun mereka boleh hadir dalam dewan dan membuat ucapan panjang-panjang”.

“Tetapi tak ada masa untuk menghadapi hakim di mahkamah”.

“Jadi, keadaan ini perlulah ambil ingatan bahawa yang diutamakan ialah ucapan di dewan, bukan hukuman terhadap kesalahan,” kata beliau ketika membahaskan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat pada Khamis.

Adakah dalam keadaan yang sudah kehilangan kuasa dan pengaruh, Dr Mahathir masih lagi mahu ‘memandu’ keputusan mahkamah?

Mungkin Dr Mahathir terlupa, adalah menjadi hak dan tanggungjawab Ahli Parlimen untuk berhujah serta membincangkan masalah rakyat dan negara di Parlimen, jadi di mana salahnya?





Dr Mahathir terlupa atau pura-pura lupa, semua kes yang dihadapi oleh Ahli Parlimen UMNO adalah ciptaan beliau sendiri.

Adakah Dr Mahathir merasa masih layak bercakap mengenai ‘Rule of Law’, selepas beliau sendiri yang telah merosakkan sistem perundangan negara?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker