2.4 juta rakyat Kenya berisiko kebuluran menjelang November

2.4 juta rakyat Kenya berisiko kebuluran menjelang November
NAIROBI: Program Makanan Sedunia (WFP) hari ini memberi amaran 2.4 juta penduduk Kenya berisiko kelaparan menjelang November depan.
Ini berikutan kemarau yang melanda utara dan timur Kenya kali ini meningkat hampir tiga kali ganda berbanding tahun lalu.
Negara Afrika Timur itu dilanda banyak bencana sejak beberapa tahun lalu, termasuk ancaman belalang juta pada Disember 2019 selain kekurangan hujan kritikal pada 2020 dan 2021, menyebabkan wilayah utara dan timur gersang berdepan keadaan darurat.
Presiden Uhuru Kenyatta mengisytiharkan kemarau sebagai bencana alam bulan lalu, dengan 2.1 juta orang sudah bergelut dengan kelaparan, menurut Lembaga Kemarau Nasional (NDMA).
Unjuran membimbangkan WFP itu hampir tiga kali ganda berbanding catatan tahun lalu antara Oktober dan Disember, ketika 852,000 orang berdepan kekurangan makanan kritikal, kata agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu.
“Kemarau ini berlaku selepas COVID-19 memberi kesan ekonomi luar biasa, sejurus selepas berlaku selepas serangan belalang juta dan banjir di beberapa kawasan.
“Kami sangat khuatir musim pendek (hujan) berikutnya pada Oktober juga akan gagal dan ini bermakna kita akan berada dalam keadaan sangat teruk.
“Saya bimbang kita akan mencapai tahap 2017, ketika Kenya menyaksikan kemarau besar. Saya rasa kita akan melihat 2.5 juta orang terjejas dalam beberapa bulan akan datang,” kata wakil WFP dan pengarah negara, Lauren Landis.
WFP berkata, krisis itu menyebabkan penduduk rentan terus meningkat selain lebih 465,200 kanak-kanak berusia lima tahun ke atas dan lebih 93,300 wanita hamil menderita kekurangan zat makanan di daerah Kenya.
Kekurangan makanan dan air juga sangat mempengaruhi kemampuan untuk mengusahakan tanaman dan memelihara ternakan, selain meningkatkan risiko keganasan ketika orang bersaing mendapatkan akses tanah dan barang keperluan. – AFP
2.4 juta rakyat Kenya berisiko kebuluran menjelang November
Disyorkan Untuk Anda :
- CERITA SEBENAR DI SEBALIK FITNAH MIEYSHAFA TERHADAP ELEWSMART
- SELEPAS KECOH PASAL DATA JPN, KINI KECOH PULA DATA ANGKATAN TENTERA DI JUAL!!!
- DI AFGHANISTAN PESALAH JUDI DI SEBAT, IRONINYA DI MALAYSIA CABUTAN JUDI DI TAMBAH!!!(VIDEO HUKUMAN)
- GELEMBUNG LANGKAWI MULA BERIKAN AMARAN, BUDAK 3 TAHUN DI JANGKITI COVID-19
Lawati Laman Facebook Kami
http://edisisiasat.com/2021/10/02/selepas-ayam-penyet-malam-ini-tapau-bento-chong-wei/