7 maut akibat tanah runtuh di Indonesia

7 maut akibat tanah runtuh di Indonesia
Gambar diedarkan Lembaga Pengurusan Bencana Kebangsaan Indonesia (BNPB) menunjukkan seorang kanak-kanak meredah banjir di Pariaman. – Foto AFP

7 maut akibat tanah runtuh di Indonesia

PADANG: Sekurang-kurangnya tujuh mangsa maut dalam tanah runtuh akibat ribut di pulau Sumatera, Indonesia, ketika amaran hujan berterusan dikeluarkan pihak berkuasa.

Lembaga Pengurusan Bencana Kebangsaan Indonesia (BNPB) turut memberi amaran lebih banyak pergerakan tanah mungkin berlaku kerana cuaca buruk masih berterusan.

Sehari selepas tanah runtuh melanda Rabu lalu meranapkan dua rumah bersebelahan di daerah Padang Pariaman, tujuh mayat dikeluarkan dari lumpur, manakala seorang lagi mangsa yang diselamatkan cedera patah tulang.

“Semua mangsa sudah ditemui apabila jentera berat sudah boleh digunakan petang semalam,” kata pegawai agensi mitigasi bencana tempatan, Rumainur, hari ini.





Pihak berkuasa memberi amaran kepada penduduk supaya kekal berwaspada kerana hujan lebat di kawasan itu akan berterusan hingga esok.

“Tolong berhati-hati dengan bahaya gerakan tanah yang dipacu hujan,” kata jurucakap Badan Mitigasi Bencana Nasional, Abdul Muhari, dalam kenyataan hari ini.

Lebih dari 300 rumah dan 80 hektar sawah di Padang Pariaman ditenggelami air manakala angin kencang turut merosakkan rumah, kios, kenderaan dan mengakibbatkan pokok tumbang.

Seorang maut, manakala empat lagi cedera apabila salah seorang mangsa jatuh ke atas mereka ketika mengunjungi tanah perkuburan Rabu lalu.

Pihak berkuasa tempatan mengumumkan keadaan darurat selama 14 hari dan membuka dapur awam.





Di ibu kota wilayah Sumatera Barat, Padang, lebih 400 orang dipindahkan akibat banjir susulan hujan lebat.

Tanah runtuh dan banjir kilat sering berlaku di seluruh Indonesia pada musim hujan, mulai September di Sumatera.

Ia sering berpunca akibat penebangan hutan dan perancangan mitigasi yang buruk, menurut pakar alam sekitar.

Pada April lalu, lebih 200 orang terbunuh di kluster pulau timur laut di Indonesia dan negara jiran Timor Leste ketika Taufan Tropika Seroja membadai komuniti kecil di situ. – AFP

7 maut akibat tanah runtuh di Indonesia

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker