Akid catat masa terpantas Cub Prix Malaysia di Terengganu

Akid catat masa terpantas Cub Prix Malaysia di Terengganu
Pelumba ONEXOX TKKR Racing Team, Mohd Akid Aziz.

Akid catat masa terpantas Cub Prix Malaysia di Terengganu

KUALA LUMPUR: Walaupun terbabit dengan kemalangan, pelumba ONEXOX TKKR Racing Team, Mohd Akid Aziz masih mampu mencatat masa terpantas pada sesi ujian kelayakan kelas CP150 bagi Pusingan 5 dan 6 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS di Litar Permotoran Terengganu, hari ini.

Pelumba berusia 23 tahun itu turun dengan motivasi tinggi susulan kemenangan yang dilakar pada Pusingan 4 di Litar Utara Sepang, dua minggu lalu apabila mengungguli sesi kelayakan dengan merakaman masa terpantas 49.127 saat (s).

Pelumba Honda Yuzy Idemitsu Team, Azroy Hakeem Anuar mencatat masa kedua terpantas dengan catatan 49.304s manakala Mohd Aiman Tahiruddin daripada pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing) ketiga 49.365s.

“Kemalangan tadi tidaklah begitu serius. Ia cuma kesilapan, saya terlalu mendekati pinggir litar.





Apabila saya bangun, terasa seperti ada sedikit masalah dengan motorsikal, jadi saya bergegas balik ke pit.

“Mujurlah, kru pasukan sempat membuat pembaikan yang perlu dan saya bukan sahaja sempat meneruskan sesi kelayakan, malah berjaya mencatat masa terpantas,” katanya selepas perlumbaan.

Sesi kelayakan sangat penting untuk kategori CP150 dalam pusingan kali yang mana buat kali pertama sejak 2010 menyaksikan tiga pelumba tidak dapat beraksi di pusingan akhir disebabkan hanya 24 pelumba dibenarkan berada di petak permulaan berdasarkan peraturan ditetapkan di Litar Permotoran Terengganu.

Situasi itu menyaksikan sesi ujian kelayakan dibahagikan kepada dua kumpulan daripada 27 pelumba dengan 24 pelumba terpantas layak ke pusingan akhir. Saingan kelayakan bagi kelas perdana itu dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B.

10 pelumba terpantas dari gabungan keputusan Kumpulan A dan Kumpulan B akan bertarung sekali lagi dalam sesi SuperPole untuk memastikan kedudukan grid masing-masing, esok.





Keputusan

Sesi Kelayakan

CP150 A

1. Mohd Akid Aziz (Yamaha, ONEXOX TKKR Racing Team), 49.127s

2. Azroy Hakeem Anuar (Honda, Honda Yuzy Idemitsu Team), 49.304s





3. Mohd Aiman Tahiruddin (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing), 49.365s

4. Mohd Haziq Mohd Fairues (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor), 49.610s

5. Mohd Muzakkir Mohamed (Yamaha, ONEXOX TKKR Racing Team), 49.994s

CP150 B

1. Ahmad Afif Amran (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing), 49.392s





2. Kasma Daniel Kasmayuddin (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor), 49.659s

3. Mohd Fitri Ashraff Razali (Honda, RCB SOLARALERT CILIK TEAM), 49.733s

4. Mohd Izzat Zaidi Mohd Salehan (Yamaha, Ipone Yamaha YY Pang Racing Team), 49.896s

5. Ahmad Fazrul Sham (Yamaha, YAMAHA GENBLU AHM MOTOR SPORTS), 50.004s

Akid catat masa terpantas Cub Prix Malaysia di Terengganu


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami






http://edisisiasat.com/2021/10/02/umno-tanding-semula-semua-kerusi-parlimen/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker