AZMI SAAT & ISTERI REDA

AZMI SAAT & ISTERI REDA

“Hari ni kami sudah dibenarkan keluar dari hospital walaupun mereka sangat menyarankan untuk kami tinggal di sini beberapa hari lagi sampai isteri benar-benar sihat. Kami datang bertiga tapi balik berdua sahaja. Itulah takdir. Sehebat mana pun rancangan kita, sekuat mana pun penjagaan kita, tetap Allah yang maha merancang dan pemilik segalanya.

“Kami bersyukur Ya Allah dengan ujian ini. Kami redha dan sabar dengan apa yang kau takdirkan untuk kami. Kau sahajalah yang tahu betapa kuat kami mengharunginya. Moga sabar kami tergolong dalam sabar yang cantik. Ganjarilah kami dengan rahmat dan kebaikanMu di dunia lebih lagi Akhirat.





“Terima kasih @ohanaspecialisthospital. Allah tarik satu tapi Allah gantikan dengan ramainya orang-orang yang super baik dalam hidup kami. Itulah keluarga Ohana Specialist. Mereka semua sangat menyayangi kami seperti keluarga sendiri. Moga kami tetap berkeluarga sampai ke Syurga.

“Kami akan kuat. Kami yakin Allah akan berikan yang lebih baik. Selamat tinggal Ohana. Nantikan anak kami yang kedua. Insya Allah,” itulah tulis penyanyi Azmi Saat menerusi muat naik di laman Instagram miliknya.

Meskipun hanya tiga hari bergelar ibu bapa namun ianya pengalaman yang cukup berharga bagi vokalis kumpulan Caliph Buskers itu dan isterinya, Nazira Muhamad.

Pada 27 September lalu, Azmi selamat menimang cahaya mata sulung diberi nama Khairul Afnan selepas 10 tahun menantikan zuriat. Bagaimanapun, Azmi dan isterinya telah diduga apabila zuriat mereka disahkan meninggal dunia selepas 3 hari dilahirkan pada jam 1.19 tengah hari semalam (30 September).





AZMI SAAT & ISTERI REDA


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


http://edisisiasat.com/2021/10/02/faizal-tahir-islamkan-saudara-baru/

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker