AZZAM SHAM KINI TUNANGAN SHERYL SHAZWANIE

AZZAM SHAM KINI TUNANGAN SHERYL SHAZWANIE

Tahniah diucapkan kepada penyanyi, Azzam Sham, 24, dan pasangannya yng juga penyanyi, Sheryl Shazwanie yang telah selamat melangsungkan pertunangan, malam semalam.

Lebih istimewanya, pada hri tersebut merupakan ulang tahun kelahiran Sheryl yang ke-24 tahun. Azzam berkata, perancangan untuk membawa hubungan ke fasa seterusnya itu dibuat hasil perbincangan kedua-belah keluarga, minggu lalu.





“Sebenarnya kami merancang untuk bertunang pada Mei lalu, tetapi disebabkan penularan Covid-19, kami tangguhkan dulu hasrat itu. Keluarga kami berbincang sejak minggu lalu untuk mengadakan majlis pada malam tadi dan hanya dihadiri lapan ahli keluarga.

“Walaupun perancangan pada saat akhir, syukur ada pihak yang ingin memberi tajaan. Tiada sebarang tema kerana perbincangan dilakukan pada saat akhir. Insya-Allah, jika semuanya dipermudahkan kami bakal berkahwin awal tahun depan,” katanya.

Terdahulu, hubungan percintaan pasangan selebriti muda ini mula jadi perhatian tahun lalu selepas kedua-duanya secara terbuka mengakui mereka sedang menjalin hubungan rapat. Malah, mereka juga sudah membiasakan dengan panggilan ‘sayang’ di antara satu sama lain.

Ketika Azzam menyertai program Big Stage musim ketiga dan bergelar juara tahun lalu, setiap minggu Sheryl akan hadir di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk memberi sokongan.

Azzam yang dikenali menerusi lagu ‘Biar Saja dan Cinta Jangan Pergi’ berkata, keperibadian Sheryl membuatkan dia tertarik untuk menjadikannya sebagai isteri.





“Saya menyukai sikap dan sifatnya yang baik hati. Dia bijak mengambil hati keluarga dan membuatkan semua selesa dengannya,” tuturnya.

AZZAM SHAM KINI TUNANGAN SHERYL SHAZWANIE


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


http://edisisiasat.com/2021/10/02/bank-rakyat-santuni-golongan-sasar-sempena-ulang-tahun-ke-67/

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker