BAPA SHERIE MERLIS DIJEMPUT ILAHI – AL-FATIHAH

 

BAPA SHERIE MERLIS DIJEMPUT ILAHI – AL-FATIHAH

“Abah saya kembali ke rahmatullah setelah mengalami serangan jantung. Pukul 5 pagi tadi adik saya bawa abah pergi hospital apabila dia mengadu sakit dada. Sejam sebelum dia meninggal doktor beritahu abah okey, dah stabil.

“Abah disahkan meninggal dalam tidur. Doktor cakap semua sistem dia collapse dan mereka beri bantuan pernafasan kecemasan (CPR) selama 15 minit,” jelas pelakon Sherie Merlis yang memaklumkan bapanya, Wan Zainal Abidin Wan Kassim, 75, telah meninggal dunia pada jam 9.30 pagi, hari ini di sebuah hospital, di sini, akibat serangan jantung.

Sherie berkata, Allahyarham bapanya yang baru saja menyambut ulang tahun kelahiran pada 26 September lalu itu dikejarkan ke hospital oleh adiknya pada jam 5 pagi hari ini selepas mengadu sakit dada.

 





Pemilik nama sebenar Sharifah Saadah Wan Zainal, 49, ini dalam masa turut meminta semua peminat, pengikut dan mereka yang mengenalinya mendoakan dipermudahkan segala urusan dia dan keluarganya.

Terdahulu, Sherie memaklumkan bapanya uzur dan menghidap penyakit jantung kronik. Sherie juga sebelum ini telah diuji dengan perkhabaran ahli keluarga positif Covid-19.

BAPA SHERIE MERLIS DIJEMPUT ILAHI – AL-FATIHAH


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


http://edisisiasat.com/2021/09/27/zuraidah-kes-adib-sudah-di-tutup/





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker