CEO syarikat ditahan kes projek uCustoms

CEO syarikat ditahan kes projek uCustoms

CEO syarikat ditahan kes projek uCustoms

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat yang dikaitkan dengan projek sistem uCustoms, yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN), baru-baru ini.

Lelaki berusia 56 tahun itu ditahan malam tadi selepas hadir ke ibu pejabat SPRM untuk membantu siasatan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi BH mengesahkan penahanan itu.





 

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) adalah antara yang akan dipanggil Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi menjelaskan mengenai kegagalan menyiapkan sistem uCustoms bernilai RM397.43 juta, sehingga kini.

Pengerusi PAC, Wong Kah Woh, berkata setakat ini, kerajaan sudah membayar sejumlah RM272.99 juta bagi projek yang dimulakan pada Oktober 2013 dan diberi pelanjutan sehingga lima kali.

LKAN 2019 Siri 2 yang dibentangkan di Dewan Rakyat, baru-baru ini mendedahkan, sistem uCustoms oleh JKDM bagi menggantikan Sistem Maklumat Kastam (SMK) gagal disiapkan dalam tempoh 86 bulan walaupun lima lanjutan tempoh masa (EOT) diberikan.

Menurut laporan audit itu, sejumlah RM272.99 juta dibayar kepada pembekal dan Pejabat Pengurusan Projek, manakala hanya satu Ganti Rugi Tertentu dan Ditetapkan (LAD) berjumlah RM55,660 dikenakan.





CEO syarikat ditahan kes projek uCustoms


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


http://edisisiasat.com/2021/10/02/azzam-sham-kini-tunangan-sheryl-shazwanie/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker