DAP Membela Perusuh Tokong Cina Dan Mahu Kerajaan Minta Maaf!!!

Dalam kejadian rusuhan di Tokong Tiong Hwa di Salak Selatan, sangat jelas kepada kita semua, yang bersalah adalah kumpulan yang cuba mempertahankan tokong tersebut.

Edisi Siasat faham dengan ekspresi kemarahan yang hampir tidak terkawal oleh kumpulan anak muda yang cuba mempertahankan tokong tersebut.

Sudah namanya anak muda, sudah tentu sukar mengawal perasaan.

Edisi Siasat juga faham dengan kesanggupan kumpulan kecil yang mempertahankan tempat ibadah mereka, walau pun Edisi Siasat yakin, mereka menyedari hakikat bahawa mereka tiada hak ke atas tanah tersebut.





Edisi Siasat tidak boleh terima bila Pengerusi DAP, Tan Kok Wai, mengatakan ianya adalah salah faham dan mahu kerajaan meminta maaf.

Seperti yang diulas oleh Apek Cina di dalam akaun Facebook beliau, adakah membina tokong di atas tanah haram selama berpuloh-puloh tahun boleh dianggap salah faham?

Pihak tokong membina pagar di atas tanah secara haram boleh dianggap salah faham?

Dan penganut tokong menyerang pihak polis boleh dianggap salah faham?

Jelas DAP hanya mengambil kesempatan dari insiden berkenaan untuk mendapatkan ‘political mileage’.





Di dalam Parlimen, Ahli Parlimen Jelutong berlakun mempertahankan keadilan untuk Allahyarham Adib dan di Salak Selatan, Tan Kok Wai pula berlakun mempertahankan tokong!!!

Cukup-cukuplah memperalatkan rakyat untuk kepentingan politik!!!

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker