KKM Akui Beri Suntikan Kosong Kepada Remaja 12 Tahun (Video Kejadian)

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengakui kesilapan kerana telah memberikan suntikan vaksin kosong kepada seorang remaja 12 tahun.

Timbalan Menteri Kesihatan l, Dr Noor Azmi, mengeluarkan kenyataan maaf tersebut melalui akaun Twitter KKM hari ini.

Baca di sini:





https://twitter.com/KKMPutrajaya/status/1444114871977533443?s=19

Kejadian berlaku di PPV Universiti Malaya pada 30 September lalu,  kira-kira jam 3.15 petang, petugas kesihatan tersebut telah tersalah ambil satu picagari kosong yang belum digunakan dari ruangan meja yang sama dengan picagari berisi vaksin.

Petugas kesihatan itu telah mengikut prosedur ditetapkan seperti menunjukkan vaksin dikeluarkan dari botol vaksin melalui picagari dan menunjukkan picagari berisi vaksin dengan dos yang sepatutnya kepada ibu remaja berkenaan.

Setelah menunjukkan picagari berisi vaksin, petugas kesihatan itu meletakkan sebentar picagari tersebut di atas meja untuk melakukan proses nyahkuman di lengan remaja sebelum memberikan suntikan.

Bagaimanapun, dia tersalah ambil picagari yang kosong dan membuat suntikan ke lengan remaja tersebut.





Sebaik sahaja petugas kesihatan itu menyedari kesilapannya, beliau memaklumkan kepada pegawai perubatan bertugas di PPV UM.

Kedua-dua mereka segera mengadakan perbincangan dengan ibu bapa remaja itu.

Selepas memahami penjelasan diberikan, ibu bapa remaja berkenaan memberi kebenaran untuk remaja terbabit diberikan suntikan vaksin di lengan berlainan mengikut Prosedur Dos Kurang.

Sehubungan dengan itu, pihak CITF-A dan KKM memohon maaf kepada remaja tersebut dan juga kepada ibubapanya.





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker