Selepas ayam penyet, malam ini ‘tapau’ Bento – Chong Wei

Selepas ayam penyet, malam ini 'tapau' Bento - Chong Wei
Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei, 39, kagum dengan semangat juang tinggi dipamerkan barisan pemain muda negara yang mencipta kemenangan kali pertama ke atas Indonesia dalam kempen Piala Sudirman. – Foto NSTP

Selepas ayam penyet, malam ini ‘tapau’ Bento – Chong Wei

KUALA LUMPUR: Bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei berharap barisan pemain muda negara dapat mengekalkan momentum menjelang pertemuan dengan Jepun dalam aksi separuh akhir Piala Sudirman 2021, malam ini.

Terdahulu, skuad negara yang dibarisi ‘ubi muda’ mencipta kejutan apabila melangkah ke separuh akhir selepas menumbangkan musuh tradisi, Indonesia 3-2 dalam aksi suku akhir di Vantaa, Finland, awal pagi tadi.

Chong Wei, 39, berkata dia kagum dengan semangat juang tinggi dipamerkan barisan pemain muda negara yang mencipta kemenangan kali pertama ke atas Indonesia dalam kempen Piala Sudirman.

“Tahniah seharusnya diucapkan kepada barisan pemain yang tidak mengecewakan walaupun ranking setiap pihak lawan lebih tinggi. Berdebar dan terbasah ketiak Chong Wei menonton.





“(Lee) Zii Jia, (Soh) Wooi Aik dan Aaron (Chia) memang ‘power’. Tak terkejar ‘minions’ (Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo) melawan beregu kita. Zii Jia pula tak kasi peluang langsung kepada (Anthony) Ginting, yang tak pernah kalah kepada Zii Jia sebelum ini. Syabas!


Disyorkan Untuk Anda :


“S Kisona pula hampir menewaskan Mariska, walaupun Mariska berada di 30 posisi di atas Kisona dalam ranking. Apa pun, Selamat Hari Lahir Kisona, satu Malaysia menyambutnya untuk anda.

“Masuk perlawanan keempat. Lawan juara Olimpik. Ingatkan senang-senang kalah. Tapi tidak! Pearly (Tan) dan (M) Thinaah hampir ‘tapau’ (kalah)kan beregu emas Indonesia. Chong Wei suka tengok Thinaah dan Pearly yang selalu senyum dan berkomunikasi di atas gelanggang. Percayalah, pasangan ini akan pergi jauh.

“Akhir sekali, lawan beregu campuran ranking nombor empat dunia. Ramai tak kenal pun beregu campuran Malaysia ni. Tapi Cheah Yee See dan Hoo Pang Ron menunjukkan Malaysia tidak lemah, Malaysia tidak akan kalah sewenang-wenangnya.





“Bagai dirasuk Harimau Malaya, dua pemain muda Malaysia ini menghadiahkan kemenangan ajaib untuk negara tersayang. Terharu juga apabila mata terakhir dikenal pastikan oleh mata helang.

“Tahniah team! Rehatlah! Sudah tapau ayam penyet, malam ini kita kasi tapau Bento! #malaysiaboleh #DemiMalaysia,” kata Chong Wei menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini.

Dalam pada itu, pemenang pingat perak Olimpik tiga kali itu berharap mutu penjaga garisan di Finland dapat diperbaiki selepas menyifatkan keputusan-keputusan yang dibuat sebagai amat teruk ketika aksi Malaysia bertemu Indonesia.

Selepas ayam penyet, malam ini ‘tapau’ Bento – Chong Wei


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


http://edisisiasat.com/2021/10/02/bapa-sherie-merlis-dijemput-ilahi-al-fatihah/





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker