Shahrul Nizam tak hadir, Sharul Nazeem digugur

Shahrul Nizam tak hadir, Sharul Nazeem digugur
Pemain Terengganu FC (TFC), Shahrul Nizam Ros Hasni tidak hadir sertai latihan pusat skuad Harimau Malaya. – Foto ihsan Facebook TFC.

Shahrul Nizam tak hadir, Sharul Nazeem digugur

KUALA LUMPUR: Pemain Terengganu FC (TFC), Shahrul Nizam Ros Hasni tidak hadir untuk melaporkan diri bersama skuad kebangsaan, hari ini.

Perkara itu disahkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), namun tidak menyatakan sebab kenapa pemain berusia 23 tahun itu tidak hadir.

Pertahanan Selangor FC, Sharul Nazeem Zulpakar yang hadir melapor diri pula terpaksa digugurkan selepas disahkan mengalami kecederaan.

Jumlah itu termasuk dua pemain yang berpangkalan di luar negara, Dominic Tan dan Luqman Hakim Shamsudin yang akan menyertai pasukan setibanya di Amman, Jordan.





Skuad Harimau Malaya akan mengharungi dua aksi persahabatan berdepan Jordan pada 6 Oktober dan Uzbekistan 9 Oktober ini dengan kedua-dua aksi itu akan berlangsung di Amman.

Latihan pusat kali ini sebagai persiapan untuk menghadapi kejohanan Piala Suzuki AFF 2020 yang dijadualkan berlangsung di Singapura pada 5 Disember hingga 1 Januari.

Selain itu, kem latihan itu turut menjadi medan terbaik buat Cheng Hoe menguji pemain dan membentuk skuad mantap untuk Harimau Malaya mengharungi pusingan kelayakan Piala Asia, tahun depan.

Shahrul Nizam tak hadir, Sharul Nazeem digugur


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


http://edisisiasat.com/2021/10/02/kereta-dinaiki-rempuh-jentolak-remaja-perempuan-maut/





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker