Siasatan kes gangguan seksual, Ebit dan isteri sekali lagi dipanggil Bukit Aman

 

Siasatan kes gangguan seksual, Ebit dan isteri sekali lagi dipanggil Bukit Aman

Kuala Lumpur: Pendakwah Ebit Lew dan isterinya sekali lagi dipanggil polis untuk membantu siasatan membabitkan kes gangguan seksual.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya mengesahkan sudah memanggil pendakwah terbabit dan isterinya ke Bukit Aman semalam untuk membantu siasatan.





“Orang ramai dinasihatkan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan menyebarkan apa-apa juga bahan di mana-mana platform bagi mengelakkan sebarang spekulasi dan provokasi sehingga menjejaskan siasatan polis,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Siasatan terhadap Ebit, 37, dilakukan selepas polis menerima laporan daripada beberapa individu mendakwa pendakwah itu melakukan gangguan seksual.

Susulan itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pada 19 Ogos lalu, Ebit dipanggil polis untuk dirakam keterangan berhubung penyebaran video gangguan seksual dikaitkan dengannya.

Bagaimanapun, Ebit ketika ditemui media selepas memberi keterangan mendakwa dakwaan itu berunsur fitnah kejam ke atas dirinya.





Siasatan kes gangguan seksual, Ebit dan isteri sekali lagi dipanggil Bukit Aman


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


http://edisisiasat.com/2021/10/02/kereta-dinaiki-rempuh-jentolak-remaja-perempuan-maut/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker