Sindiket tawaran kerja dalam talian tumpas

 

Sindiket tawaran kerja dalam talian tumpas

Sindiket tawaran kerja dalam talian tumpas

KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan sindiket penipuan tawaran pekerjaan secara dalam talian selepas menahan tujuh individu termasuk dua warga asing di sebuah premis di Jalan Ampang, di sini, semalam.

Serbuan dilakukan sepasukan anggota Bahagian Risikan, Operasi dan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi membawa kepada penahanan lima lelaki dan dua wanita berusia antara 18 hingga 26 tahun.





Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, berkata pihaknya turut merampas 53 telefon bimbit dan lima komputer riba pelbagai jenama bagi membantu siasatan.

“Hasil siasatan awal mendapati sindiket itu beroperasi sejak sebulan lalu. Setakat ini, mangsa penipuan tawaran pekerjaan itu masih belum dikenal pasti.

“Semua suspek direman dua hari untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Noor Dellhan menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan mana-mana panggilan telefon daripada individu menawarkan pekerjaan secara dalam talian dengan tawaran gaji lumayan.

“Sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah boleh disalurkan ke IPD Dang Wangi di talian 03-26002222,” katanya.





Sindiket tawaran kerja dalam talian tumpas


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


http://edisisiasat.com/2021/10/02/kampung-baru-karak-terbakar/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker