Skuad Jang kutip mata penuh di Kelantan

Skuad Jang kutip mata penuh di Kelantan
Aksi Kelantan United (jersi merah) ketika bertemu NSFC dalam saingan Piala Malaysia bagi Kumpulan C di Stadium Sultan Mohammad IV, Kota Bahru. – Foto ihsan Facebook Kelantan United FC.

Skuad Jang kutip mata penuh di Kelantan

KUALA LUMPUR: Juara Liga Perdana, Negeri Sembilan FC (NSFC) meraih tiga mata pertama selepas menewaskan Kelantan United, 1-0 pada aksi Kumpulan C saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Mohammad IV, Kota Bahru, sebentar tadi.

Jaringan tunggal dan kemenangan skuad Hobin Jang Hobing diperoleh menerusi Ferris Danial pada minit ke-80.

Kemenangan itu bagaimanapun tidak mengubah kedudukan NSFC di tempat ketiga dalam Kumpulan C dengan tiga mata. Ia dibezakan jumlah jaringan dengan Kedah Darul Aman FC di tempat kedua yang turut menghimpun tiga mata manakala Kelantan United kekal di tempat keempat tanpa sebarang mata.

NSFC sebelum ini tewas 0-2 kepada Melaka United pada aksi pembukaan.





Tempat teratas Kumpulan C kini dikuasai Melaka United dengan enam mata selepas memenangi kedua-dua aksi sebelum ini termasuk menewaskan Kedah 3-1 di Alor Setar.

Skuad Jang kutip mata penuh di Kelantan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker