UMNO tanding semula semua kerusi Parlimen

UMNO tanding semula semua kerusi Parlimen
Ahmad Zahid menyampaikan ucapan perasmian persidangan ketika Perhimpunan Agung UMNO 2020 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur. – Foto UMNO ONLINE

UMNO tanding semula semua kerusi Parlimen

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata, UMNO akan mempertahan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi parti itu pada pilihan raya umum lalu.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Ahmad Zahid berkata, perkara itu diputuskan sebulat suara dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 2020.

“UMNO tidak akan berkompromi terhadap mana-mana kerusi telah dimenangi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Ketetapan ini bukan hanya oleh MKT tetapi ia lahir daripada suara akar umbi yang mahu UMNO menjadi dominan semula selepas PRU-15,” katanya.





Beliau berkata, UMNO sedia maklum akan ada parti lain bertanding di kawasan sama, namun menyedari itu lumrah sebuah negara demokrasi.

Ahmad Zahid berkata, kekuatan UMNO dan akar umbinya yang bangkit tidak harus sesekali diperkecil.


Disyorkan Untuk Anda :


“UMNO parti terbesar bangsa Melayu dan parti terbesar di negara ini. Kemenangannya sangat signifikan dalam memastikan kestabilan yang kukuh.

“Dominan bukan pula bermaksud angkuh tetapi kewajipan mengembalikan UMNO sebagai sebuah parti yang menjadi teras kepada pentadbiran kerajaan,” katanya.

Antara Ahli Parlimen UMNO yang menyertai BERSATU ialah Datuk Seri Hamzah Zainuddin (Larut); Datuk Dr Noor Azmi Ghazali (Bagan Serai); Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang); Datuk Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah).





Selain itu, Datuk Seri Mustapa Mohamed (Jeli); Datuk Shabudin Yahaya (Tasik Gelugor); Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah); Datuk Seri Dr Abdul Latiff Ahmad (Mersing).

Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu) dan Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam) juga meninggalkan UMNO selepas PRU-14.

Ahmad Zahid, dalam hantaran di laman Facebooknya juga berkata, UMNO mengambil pendirian menolak pembentukan gabungan politik Perikatan Nasional (PN) pada PRU-15 dan berdiri teguh memperkasa Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, itu ketetapan yang diambil ketika Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang memfokus kepada PRU-15 yang dijangka diadakan sejurus pandemik COVID-19 ditangani.

“Keputusan UMNO tidak bekerjasama dengan BERSATU pada PRU akan datang telah dimuktamadkan. Ia bukan sekadar satu ketetapan oleh Majlis Tertinggi tetapi lahir daripada suara di peringkat akar umbi pada Perhimpunan Agung UMNO 2020,” katanya.





Mengulas pembentukan kerajaan Keluarga Malaysia, Ahmad Zahid berkata, itu bagi memastikan kelangsungan pentadbiran yang bersifat sementara sebelum Parlimen dibubarkan.

“Kerajaan sementara ketika ini ditubuhkan dengan pertimbangan suasana politik yang masih tidak stabil, sedangkan rakyat diancam pandemik COVID-19.

“Insya-Allah kita yakin UMNO dengan strategi dan gerak kerja yang telah dan sedang diatur akan mengembalikan kerajaan BN sebagai tonggak pentadbiran negara pada PRU-15,” katanya. – BERNAMA

UMNO tanding semula semua kerusi Parlimen

 


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami






http://edisisiasat.com/2021/10/02/saksikan-gerak-khas-undercover-di-tv3-malam-ini/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker