Video Ustaz Kazim Elias Terangkan Bagaimana Beliau Di Sihir

Dari Abu Hurairah ra, baginda Rasulullah SAW bersabda:

اجْتَنِبُوا السَّبْعَ المُوبِقَاتِ، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا هُنَّ؟ قَالَ: الشِّرْكُ بِاللَّهِ، وَالسِّحْرُ، وَقَتْلُ النَّفْسِ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالحَقِّ، وَأَكْلُ الرِّبَا، وَأَكْلُ مَالِ اليَتِيمِ، وَالتَّوَلِّي يَوْمَ الزَّحْفِ، وَقَذْفُ المُحْصَنَاتِ المُؤْمِنَاتِ الغَافِلاَتِ

Mafhumnya:

“Jauhilah tujuh jenis dosa besar yang membinasakan”.

Sahabat bertanya:





“Wahai Rasulullah, apakah dosa-dosa itu?”

Sabda Baginda:

“Menyekutukan Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan melainkan dengan alasan yang benar, makan riba, makan harta anak yatim, lari daripada perang dan menuduh wanita muhsan beriman yang tidak bersalah dengan tuduhan zina”.

Sedangkan hanya pergi berjumpa ahli sihir, solat kita tidak akan diterima Allah SWT selama 40 hari:

Bersabda Rasulullah SAW:





مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَىْءٍ لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاَةٌ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً

Mafhumnya:

“Sesiapa yang mendatangi tukang ramal (dukun) dan bertanya kepadanya tentang sesuatu, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”.

Hadis riwayat Muslim (5957).

Bayangkan kemurkaan Allah SWT, apabila kita mengupah ahli sihir untuk menyihir orang lain, lebih-lebih lagi kalau ianya seorang pendakwah.





Terkini, pendakwah dan penceramah bebas, Dato Ustaz Kazim Elias telah disihir.

Beliau menerangkan secara terperinci bagaimana sihir itu dilakukan dan beliau menunjukkan penderitaan yang beliau tanggung akibat sihir tersebut (lihat video).

Semuga Dato Ustaz Kazim Elias diberikan kekuatan dan kesembuhan yang segera oleh Allah SWT supaya beliau akan dapat terus berceramah dan berdakwah.

Kepada orang yang bertanggungjawab menyihir Dato Ustaz Kazim Elias, sebelum ajal menjemput, muga Allah SWT berikan hidayah dan segera bertaubat dan memohon ampun dari Dato Ustaz Kazim Elias.





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker