4 cedera dalam pertempuran terbaru di penjara Ecuador

4 cedera dalam pertempuran terbaru di penjara Ecuador

4 cedera dalam pertempuran terbaru di penjara Ecuador

GUAYAQUIL: Empat orang cedera dan polis ditembak semalam dalam pertempuran baru antara banduan di penjara Ecuador, yang sebelum ini meragut 118 nyawa dalam rusuhan berdarah antara tahanan di fasiliti itu.

Komander Polis, Tannya Varela, berkata berlaku tembakan antara tahanan di penjara dekat Guayaquil.

Polis berkata, anggotanya menenangkan konfrontasi dan mengekalkan kawalan di penjara berkenaan.





Pasukan elit polis memasuki fasiliti berkenaan dengan sokongan askar dan kereta kebal tentera, berdasarkan video yang diterbitkan oleh pasukan berkenaan.

Penjara itu boleh memuatkan 5,300 penghuni tetapi melebihi kapasiti sebanyak 60 peratus, menyaksikan seramai 8,500 orang ditahan dalam fasiliti terbabit.

Selasa lalu, sekurang-kurangnya 118 banduan maut, kepala enam daripada mereka dipenggal dalam rusuhan membabitkan geng bersenjata pistol dan bom yang ‘berperang’ dalam penjara.

Seramai 86 orang lagi cedera, manakala enam dalam keadaan kritikal, menurut pihak berkuasa penjara Ecuador.

Ia adalah peristiwa baru pada tahun ini rentetan pertempuran berdarah dalam sistem penjara Ecuador yang rosak apabila meragut 237 nyawa setakat ini, melonjak daripada 103 orang pada tahun lalu.





Kelmarin, Ecuador mengerahkan ribuan polis dan askar ‘mengamankan’ keadaan di penjara, sebagai usaha mengekang pertempuran lanjut.

Sistem penjara di negara itu memiliki 65 fasiliti direka untuk menempatkan sekitar 30,000 tahanan tetapi sekarang melebihi sehingga 39,000 orang.

Negara itu mempunyai sekitar 1,500 pengawal, kekurangan kira-kira 3,000 anggota, menurut pakar. – AFP

4 cedera dalam pertempuran terbaru di penjara Ecuador


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


http://edisisiasat.com/2021/10/03/bossku-dan-rakyat-berpisah-tiada/





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker