AS rancang kawal Al-Qaeda melalui udara

AS rancang kawal Al-Qaeda melalui udara
Amerika Syarikat (AS) berhasrat mengekang kegiatan Al-Qaeda di Afghanistan melalui serangan udara termasuk menggunakan dron kawalan jauh. – Foto AGENSI

AS rancang kawal Al-Qaeda melalui udara

WASHINGTON: Rancangan Pentagon untuk bergantung pada serangan udara bagi mencegah kebangkitan kumpulan Al-Qaeda di Afghanistan kurang disenangi.

Strategi baharu selepas tentera tentera Amerika Syarikat (AS) meninggalkan Afghanistan itu menimbulkan keraguan beberapa pakar dan penggubal undang-undang berhubung keberkesanan strategi yang digelar ‘melalui udara’ itu.

Ketika mengumumkan pengunduran tentera AS sepenuhnya pada April lalu, Presiden AS, Joe Biden, berjanji tidak akan membenarkan kebangkitan semula Al-Qaeda di Afghanistan, di mana Osama bin Laden merancang serangan 11 September 2001 di New York dan Washington.

Sejak itu, Pentagon berulang kali mendakwa pihaknya mampu mencegah kebangkitan militan Al-Qaeda dan Daesh di Afghanistan menggunakan strategi ‘melalui udara’ dari pangkalan Amerika atau kapal induk.Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin, dalam taklimat kepada Jawatankuasa Perkhidmatan Bersenjata pada Rabu lalu, berkata operasi ‘melalui udara’ adalah sukar tetapi boleh dilakukan.





“Perisikan yang menyokongnya berasal daripada pelbagai sumber dan bukan hanya daripada tentera AS di lapangan,” katanya.


Disyorkan Untuk Anda :


Kenyataan Austin itu dibuat kira-kira dua minggu selepas Komander tentera AS, Jeneral Kenneth McKenzie, terpaksa memohon maaf kepada saudara-mara keluarga Afghanistan yang terbunuh dalam satu serangan dron di Kabul pada 29 Ogos lalu.

Sasaran serangan dron itu disyaki militan Daesh tetapi akhirnya membunuh 10 orang awam, termasuk tujuh kanak-kanak, dalam apa yang disebut Encik Austin sebagai “kesalahan mengerikan”.

Ia adalah antara serangan terbaru dron AS yang menyebabkan korban awam di Afghanistan, menjadi antara isu paling kontroversi selama 20 tahun perang di negara itu dan menimbulkan kritikan rakyat Afghanistan.

Strategi ‘melalui udara’ itu juga diragui sejumlah pakar dan penggubal undang-undang yang mempersoalkan keberkesanan serangan jarak jauh di Afghanistan, yang berada ribuan kilometer dari pangkalan AS terdekat.





Penggubal undang-undang Republikan dari Florida, Mike Waltz, menuduh Biden dan Austin menjaja ‘fiksyen’ ketika membentangkan kemampuan strategi ‘melalui udara’ itu.

“Tidak seperti di Iraq, di mana tentera AS memerangi Daesh dengan pasukan pemerintah Iraq atau Syria, dengan kerjasama pejuang Kurd, AS tidak mempunyai sekutu di Afghanistan atau pangkalan berdekatan.

“Dron ini harus terbang mengelilingi pinggir sempadan Iran, hingga ke Pakistan dan kehilangan 70 hingga 80 peratus minyak mereka sebelum sampai berdekatan sasaran,” kata Waltz, seorang bekas anggota pasukan khas AS yang bertugas di Afghanistan. – AFP

AS rancang kawal Al-Qaeda melalui udara


http://edisisiasat.com/2021/10/03/bergaduh-di-tempat-awam-guna-botol-arak/





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker