Bangunan 8 tingkat runtuh susulan hujan lebat di India

Bangunan 8 tingkat runtuh susulan hujan lebat di India
SHIMLA: Sebuah bangunan lapan tingkat runtuh susulan hujan lebat di Himachal Pradesh, India dan turut menyebabkan kemusnahan pada dua bangunan berdekatan.
Menurut Pengarah Pengurusan Bencana Himachal Pradesh, Sudesh Kumar Mokhta, bangunan yang terletak di Shimla itu runtuh akibat tanah runtuh susulan hujan lebat.
Katanya, runtuhan itu turut menyebabkan kemusnahan kepada dua bangunan berdekatan serta membahayakan beberapa bangunan lain di sekitarnya termasuk sebuah hotel.
Setakat ini, tiada kematian atau kemalangan jiwa dilaporkan kerana pihak pengurusan bangunan sudah mengosongkan premis itu dan beberapa premis berdekatan lebih awal selepas menemui kesan retakan.Menurut pihak berkuasa, tanah runtuh yang berlaku dua minggu lalu menyebabkan bangunan berkenaan tidak lagi selamat susulan berlaku keretakan walaupun pemilih rumah berusaha membina tembok penghadang.
Bagaimanapun, kesan retakan baru pada petang kelmarin mendorong mereka berpindah, bersama penghuni bangunan berhampiran.
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Suresh Bhardwaj, melawat tapak bencana dan mengarahkan bantuan segera kepada penduduk selain siasatan dimulakan segera berhubung tragedi itu.
Menurut sumber, penebangan hutan menyebabkan tanah runtuh semakin kerap berlaku, tambahan pula 14 penempatan utama di Shimla terletak di lereng pada kecuraman antara 35 dan 70 darjah, dengan kepadatan 2,000 hingga 3,000 penduduk setiap hektar. – AGENSI
Bangunan 8 tingkat runtuh susulan hujan lebat di India
Disyorkan Untuk Anda :
- CERITA SEBENAR DI SEBALIK FITNAH MIEYSHAFA TERHADAP ELEWSMART
- SELEPAS KECOH PASAL DATA JPN, KINI KECOH PULA DATA ANGKATAN TENTERA DI JUAL!!!
- DI AFGHANISTAN PESALAH JUDI DI SEBAT, IRONINYA DI MALAYSIA CABUTAN JUDI DI TAMBAH!!!(VIDEO HUKUMAN)
- GELEMBUNG LANGKAWI MULA BERIKAN AMARAN, BUDAK 3 TAHUN DI JANGKITI COVID-19
Lawati Laman Facebook Kami
http://edisisiasat.com/2021/10/03/as-rancang-kawal-al-qaeda-melalui-udara/