Bergaduh di tempat awam guna botol arak [VIDEO]
Bergaduh di tempat awam guna botol arak
GEORGETOWN: Pertengkaran mulut yang melarat kepada pergaduhan di Lebuh Farquhar di sini kelmarin, membawa kepada penahanan 12 lelaki dalam tiga serbuan berasingan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V Saravanan, berkata pihaknya menerima panggilan orang awam pada jam 11.30 malam.
Katanya, tiga daripada suspek ditahan sejurus anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut tiba di lokasi kejadian.
Saravanan berkata, mereka yang ditahan berusia antara 20 hingga 30 tahun.
Katanya, siasatan mendapati tiga daripada mereka mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.
“Kejadian dipercayai berpunca daripada pertengkaran mulut antara dua kumpulan berkenaan ketika mengambil minuman keras sebelum mula merusuh menggunakan botol minuman.
“Berikutan pergaduhan itu, lima lelaki cedera ringan di kepala dan badan,” katanya.
Beliau berkata, ujian saringan air kencing mendapati mereka negatif daripada pengambilan alkohol.
Katanya, tiada senjata ditemui di tempat kejadian dan tiada kerosakan harta benda persendirian atau awam dilaporkan.
“Mereka direman sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” katanya.
Bergaduh di tempat awam guna botol arak
​Disyorkan Untuk Anda :
- CERITA SEBENAR DI SEBALIK FITNAH MIEYSHAFA TERHADAP ELEWSMART
- SELEPAS KECOH PASAL DATA JPN, KINI KECOH PULA DATA ANGKATAN TENTERA DI JUAL!!!
- DI AFGHANISTAN PESALAH JUDI DI SEBAT, IRONINYA DI MALAYSIA CABUTAN JUDI DI TAMBAH!!!(VIDEO HUKUMAN)
- GELEMBUNG LANGKAWI MULA BERIKAN AMARAN, BUDAK 3 TAHUN DI JANGKITI COVID-19
Lawati Laman Facebook Kami
http://edisisiasat.com/2021/10/03/sprm-minta-jkdm-salur-maklumat-siasatan-sisa-buangan-berjadual/