Bossku Dan Rakyat Berpisah Tiada

Tragedi tanah runtuh di Bukit Kemensah sudah hampir 2 minggu berlalu.

Walau pun dalam kejadian tanah runtuh itu, tidak ada jiwa yang terkorban, namun, kesannya masih lagi dirasai oleh 24 keluarga yang terpaksa berpindah dan menyewa rumah sementara menunggu kerja-kerja baik pulih dilakukan.

24 keluarga yang terpaksa berpindah itu sudah pasti merasakan bebanan kewangan.

Bayaran bulanan bank tetap kena dibayar dan kini ditambah lagi dengan bayaran rumah sewa yang diduduki sekarang.

Menyedari keadaan itu, mantan Perdana Menteri ke 6, DS Najib Razak @ Bossku, telah menggerakkan usaha bersama Ketua UMNO Bahagian Gombak, Datuk Megat, telah mengumpulkan dana bagi membantu mangsa-mangsa tersebut.





Alhamdulillah, usaha itu dapat mengumpulkan dana untuk diberikan kepada 24 keluarga tersebut sebanyak RM500 sebulan untuk tempuh 3 bulan berturut-turut.

Walau pun tidak dapat menyelesaikan sepenuhnya masalah kewangan 24 keluarga mangsa tersebut, namun, sekurang-kurangnya dapat meringankan bebanan mereka.

Cuma yang menjadi persoalan bagi pihak Edisi Siasat ialah ke manakah perginya Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali.

Cuma kelihatan di hari pertama selepas kejadian, mengumumkan dana sebanyak RM10 juta diperlukan untuk kerja-kerja membaik pulih cerunan dan kemudiannya senyap begitu sahaja.

Sebagai Ahli Parlimen Gombak, Azmin sepatutnya sering turun padang untuk meninjau sendiri permasalahan rakyat di kawasan beliau, terutamanya 24 keluarga yang terpaksa beepindah itu.





Di mana pula Dr Mahathir yang kerap kali mendakwa memperjuangkan rakyat marhaen?

Di mana pula Mahiaddin Md Yasin, yang kononnya menggunakan jenama Kerajaan Prihatin di era pemerintahan beliau?

Di dalam Parlimen atau bila berkempen, merekalah hero yang melaungkan kata-kata membela nasib rakyat, tetapi, bila rakyat ditimpa bencana, bila rakyat ditimpa kesusahan, bila rakyat memerlukan bantuan, orang yang mereka gelar perompak, parti yang mereka gelar parti kleptokrat, yang akan tampil untuk berkongsi kesusahan rakyat!!!

Terbuktilah kebenaran kata-kata DS Najib, bahawa rakyat adalah kroni beliau.

Bossku dan rakyat berpisah tiada.





Tahniah Bossku, tahniah UMNO.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker