Bukan tuah Kelantan United

Bukan tuah Kelantan United
Pemain Negeri Sembilan FC, Nasrullah Hanif Johan (dua kiri) menanduk bola ketika bersaing dengan pemain Kelantan United pada aksi Piala Malaysia di Stadium Muhammad IV, Kota Bharu, semalam. – Foto NSTP/ Nik Abdullah Nik Omar

Bukan tuah Kelantan United

KOTA BHARU: Kemenangan 1-0 Negeri Sembilan FC (NSCF) dalam aksi Kumpulan C saingan Piala Malaysia menentang Kelantan United FC (KUFC) di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, semalam dianggap sebagai tuah.

Menyifatkan prestasi pemain KUFC berada dalam momentum cemerlang, pengendalinya, Nazrulerwan Makmor berkata, pasukannya sudah bermati-matian memberikan komitmen namun ternyata tuah lebih berpihak kepada pihak lawan.

Pada aksi itu, NSFC meraih gol kemenangan selepas Evan Wensley tertampan ke gawang sendiri susulan hantaran lintang pemain gantian, Ahmad Tasnim Fitri Mohd Nasir pada minit ke-80.

“Secara jujur saya rasa kemenangan berpihak kepada kami tapi kalau tiada rezeki, begitulah. Apa pun, kita buat tak boleh masuk (gol) malah kita banyak dapat peluang tapi akhirnya dalam bola sepak, gol menentukan segalanya,” katanya selepas perlawanan.





Sementara itu, Jurulatih NSFC, K Devan pula berkata kemenangan ke atas KUFC itu adalah sangat penting dalam usaha pasukannya mengumpul mata dan dalam masa sama mengubati kekecewaan tewas kepada Melaka United FC pada Isnin lalu.





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker