Chelsea bangkit terajui liga

Chelsea bangkit terajui liga
Penyerang Chelsea Timo Werner (tengah) mengawal bola ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Southampton di Stamford Bridge. – Foto AFP

Chelsea bangkit terajui liga

LONDON: Chelsea bangkit daripada minggu yang menghampakan dengan kemenangan 3-1 ke atas Southampton yang menyaksikan Timo Werner dan Ben Chilwell menemui sasaran di akhir permainan.

Tiga mata itu melonjak Chelsea kendalian Thomas Tuchel ke puncak Liga Perdana Inggeris pada 16 mata, dua mengatasi Liverpool, Manchester United, Everton dan Brighton.

Chelsea, antara pasukan pilihan untuk menjuarai liga musim ini, ditundukkan oleh Manchester City minggu lalu dan tewas kepada Juventus dalam saingan Liga Juara-Juara di pertengahan minggu.

Tetapi mereka kembali meraih kemenangan di London, dibantu oleh kad merah babak kedua ke atas pemain tengah Southampton James Ward-Prowse.





Trevoh Chalobah meletakkan Chelsea di depan tetapi Ward-Prowse menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti di awal babak kedua sebelum dia dibuang padang pada minit ke-77 kerana terjahan kasar ke atas Jorginho.

Pertahanan Southampton, Kyle Walker-Peters (kiri) dibentes pertahanan Chelsea, Trevoh Chalobah pada aksi perlawanan, awal pagi tadi. – Foto AFP

Werner kembali meletakkan Chelsea di depan dengan menolak masuk hantaran lintang Cesar Azpilicueta sebelum Chilwell melengkapkan kemenangan pada minit ke-89.

“Selepas dua kekalahan kami perlu berhati-hati supaya kami tidak terlalu sedih atau bimbang kerana ada peluang untuk mengumpul 16 mata.

“Ia penting untuk menampilkan persembahan lebih baik berbanding dua perlawanan sebelumnya, menajamkan kembali fikiran kami supaya kami tidak takut untuk kalah. Saya gembira dengan cara kami bermain dan menang,” kata Tuchel. – AFP

Chelsea bangkit terajui liga


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami






http://edisisiasat.com/2021/10/03/mandatory-coverage-expansion-will-cost-bosses-rm3-1bil/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker