FIRDAUS WONG BUAT LAPORAN POLIS

FIRDAUS WONG BUAT LAPORAN POLIS

“Alhamdulilah selesai membuat laporan polis tentang fitnah yang disebarkan kononnya sayalah pengasas & pemilik Telegram channel yang menyebarkan video serta gambar lucah. Saya MENAFIKAN FITNAH TERSEBUT!

“Saya hanya memiliki satu Telegram rasmi sahaja di pautan ini https://t.me/brofirdauswong & menafikan sebarang fitnah yang mengaitkan saya dengan penyebaran sebarang video & gambar lucah.





“Saya akan memaafkan mereka yang memaki-hamun, menyindir, mengejek atau menghina saya tetapi saya tidak akan mendiamkan diri apabila saya difitnah.

“Saya sayangkan sahabat semua maka saya tidak mahu sahabat semua melakukan dosa fitnah tanpa disedari akibat perbuatan tidak bertanggungjawab mereka yang menyebarkan fitnah tersebut,” itulah kata pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung menerusi laman Instagram miliknya.

Menerusi satu kenyataan di laman sosial miliknya, Firdaus membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju di sini pada Sabtu berhubung fitnah yang mendakwa beliau menyebar gambar dan video lucah melalui aplikasi Telegram.

Firdaus turut menafikan segala dakwaan yang mengatakan kononnya beliau ialah pengasas dan pemilik satu Telegram yang menyebarkan video berkenaan.

Dalam masa sama, Firdaus menjelaskan bahawa beliau hanya memiliki satu Telegram rasmi sahaja untuk berkongsi segala maklumat dan turut menafikan sebarang fitnah yang mengaitkan dirinya dengan sebarang video atau gambar lucah.





Firdaus Wong turut memaafkan mereka yang memaki-hamun, menyindir, mengejek atau menghinanya tetapi beliau tidak akan mendiamkan diri apabila difitnah.

FIRDAUS WONG BUAT LAPORAN POLIS


http://edisisiasat.com/2021/10/03/sarah-fazny-selamat-bergelar-isteri-ahli-perniagaan/





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker