Henti lompat parti

Henti lompat parti

Henti lompat parti

PADANG TERAP, 2 Okt – Ahli politik yang terlibat dalam gerakan menukar kepemimpinan Kerajaan Negeri Melaka dinasihatkan tidak tergesa-gesa bertindak melompat parti untuk mengelakkan krisis politik yang tidak berkesudahan.

“Kita dengar titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong untuk kita menstabilkan keadaan politik, (supaya) membolehkan tumpuan kerajaan kepada pandemik Covid-19 dan pemulihan ekonomi, kita dengar apa yang dititahkan itu agar wujudkan collaboration (kerjasama dalam politik),” katanya selepas majlis penyerahan bas baharu Mara Liner di Bengkel MaraLiner Kuala Nerang, di sini hari ini.

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan ahli politik berkenaan memikirkan yang terbaik khususnya untuk mengekalkan kepemimpinan kerajaan negeri sedia ada yang diketuai Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali kerana Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15) mungkin akan diadakan tidak lama lagi.





Kerajaan Negeri Melaka dikatakan bergolak ekoran dakwaan enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada kerajaan sekarang difahamkan mahu meninggalkan blok tersebut.

Ekoran perkembangan itu, kerajaan negeri yang dibentuk hasil gabungan UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan wakil rakyat Bebas pada Mac tahun lalu kini berada dalam krisis.

Kerajaan negeri mempunyai 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala pembangkang pula 11.

Henti lompat parti

 






​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


http://edisisiasat.com/2021/10/02/siasatan-kes-gangguan-seksual-ebit-dan-isteri-sekali-lagi-dipanggil-bukit-aman/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker