Imam rugi RM50,000 ditipu bakal menantu

Imam rugi RM50,000 ditipu bakal menantu

Imam rugi RM50,000 ditipu bakal menantu

KOTA BHARU: Seorang imam masjid kerugian lebih RM50,000 selepas mendakwa diperdaya seorang lelaki berusia 36 tahun yang juga bakal menantunya, antara Jun hingga pertengahan bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, berkata siasatan awal mendapati imam berusia 65 tahun itu mengenali suspek pada Jun lalu melalui anak perempuannya berusia 28 tahun.

Beliau berkata, suspek mendakwa mempunyai perniagaan emas dan kambing perap dengan meminta sejumlah modal perniagaan daripada bakal mentuanya itu beberapa kali.





“Warga emas itu juga memberikan barangan kemas berjumlah RM6,000 dan sebuah kereta Proton Gen 2 bagi memudahkan urusan perniagaan bakal menantunya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, imam berkenaan kemudian menyedari dirinya ditipu oleh suspek pada 14 September lalu, sebelum membuat laporan di Balai Polis Bachok kerana wang yang dipinjamkan tidak dipulangkan kembali.

“Mangsa menghubungi bakal menantunya itu untuk menuntut wang, namun pelbagai alasan diberikan.

“Susulan laporan berkenaan, polis menahan suspek jam 11 malam tadi di sebuah rumah di Jalan Pengkalan Chepa bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan suspek dalam proses untuk tahanan reman,” katanya.





Terdahulu, kejadian berkenaan tular di laman Facebook apabila seorang mangsa dikenali sebagai Nurul Afifah dilaporkan berkata pemberian wang oleh bapanya kepada lelaki itu didakwa dalam keadaan diri mereka ‘dipukau’.

“Kerugian kami berjumlah RM55,800, termasuk wang simpanan ibu, bapa dan abang, barangan kemas serta wang yang dipinjam daripada saudara terdekat,” katanya.

Imam rugi RM50,000 ditipu bakal menantu


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


http://edisisiasat.com/2021/10/03/henti-lompat-parti/





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker