Lima ‘superman’ diangkut ke balai kerana berlumba

Penunggang motosikal yang ditahan polis kerana melakukan aksi ‘superman’ dan berlumba di Jalan Kuching, awal pagi tadi. – Foto ihsan JSPT Kuala Lumpur

Lima ‘superman’ diangkut ke balai kerana berlumba

KUALA LUMPUR: Polis menahan lima penunggang motosikal, termasuk seorang remaja bawah umur yang dikesan melakukan aksi ‘superman’ serta berlumba di Jalan Kuching, di sini, dalam Operasi Samseng Jalanan di ibu negara, awal pagi tadi.

Penunggang berusia 16 hingga 21 tahun itu ditahan anggota Unit Penguatkuasaan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur selepas dikesan menunggang motosikal dengan mempamerkan aksi berbahaya seperti ‘roket’ dan membuat ‘zig zag’.

Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh, berkata semua yang ditahan kemudian dibawa ke Balai Polis Trafik, Jalan Bandar untuk siasatan lanjut.

“Selain Operasi Samseng Jalanan yang bermula jam 9.30 malam tadi, kita turut menjalankan Op Motosikal dan Op Pelbagai bermula Jumaat lalu di sekitar pusat bandar iaitu di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Tun Razak dan Jalan Raja Laut.





“Sebanyak 343 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan 11 motosikal turut disita mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana mengubah suai ekzos pada motosikal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, motosikal yang disita akan diserahkan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk tindakan susulan dan pemilik akan diarahkan mengubah semula ekzos.

“Dalam Operasi Pelbagai pula, kita menahan 10 lelaki berusia 27 hingga 69 tahun kerana dikesan memandu di bawah pengaruh alkohol.

“Mereka melakukan kesalahan mengikut Seksyen 45(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan semua tangkapan dibawa ke Balai Polis Trafik, Jalan Bandar dan akan didakwa mengikut seksyen yang sama,” katanya.

Lima ‘superman’ diangkut ke balai kerana berlumba


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami






http://edisisiasat.com/2021/10/03/henti-lompat-parti/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker