PAS Sudah Mula Hilang Keyakinan Pada PN

Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin berharap Umno bertenang dan mengkaji semula keputusan menolak kerjasama dengan Perikatan Nasional pada PRU ke-15 akan datang.

“(Umno perlu) kaji balik siapa musuh sebenar dan siapa kawan”.

“Jangan terus menolak penyatuan ini kerana hanya memberi kelebihan kepada musuh”.

“Kita akan menghadapi kesukaran di dalam PRU15 jika perpaduan ini ditolak”.





“Jika berlaku pertembungan tiga penjuru yang untung bukan Islam tetapi pihak lawan”.

“PH akan untung jika kita berpecah,” katanya.

Hashim Jasin juga meminta Umno mengenang kembali kesukaran mewujudkan gabungan Muafakat Nasional (MN) yang menyatukan dua parti itu.

Respon yang Edisi Siasat terima dari akar umbi UMNO ialah mereka mempersoalkan keikhlasan kenyataan Mursyidil Am PAS.

“Siapakah yang memulakan perpecahan di dalam Muafakat Nasional,” tanya mereka.





“Dan apakah ini bermaksud PAS sudah sedar, tanpa UMNO, PPBM dan PAS sukar untuk mendapat kemenangan dalam PRU 15?” tanya mereka lagi.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker