PH Bimbang DUN Melaka Di Bubarkan

Ekoran dari politik negeri Melaka yang dikhabarkan bergolak kebelakangan ini, terdengar khabar angin yang mengatakan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, telah memohon untuk bertemu Tuan Yang Terutama Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam.

Namun hasrat itu dibatalkan berikutan perkembangan terbaharu di negeri Hang Tuah itu.

Malah, 6 orang ADUN yang dikatakan akan bertemu Ali Rustam juga dikatakan telah membatalkan niat mereka.

Mengapa?





Tujuan sebenar Anwar dan 6 ADUN mahu bertemu dengan Ali Rustam ialah untuk meyakinkan Ali Rustam bahawa Pakatan Harapan sudah mempunyai cukup sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri untuk mengambil alih Kerajaan Negeri Melaka.

Mereka berharap, langkah seterusnya yang akan diambil oleh Ali Rustam adalah memanggil kesemua ADUN bagi menyatakan pendirian.

Dengan itu, Pakatan Harapan akan merampas kembali kuasa pemerintahan negeri Melaka.

Namun dalam perkembangan yang sama, Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Sulaiman Md Ali, dikatakan akan menasihati Ali Rustam supaya membubarkan DUN Melaka.





Ali Rustam mempunyai pilihan sama ada menggantung DUN Melaka atas alasan Covid-19 dan melantik Ketua Menteri Interim atau memberi laluan kepada Pilihanraya Negeri Melaka.

Inilah yang mahu dielakkan oleh Pakatan Harapan kerana mereka sedar, sekiranya berlaku Pilihanraya Negeri, harapan mereka untuk merampas pemerintahan negeri Melaka akan berkubur.

Semasa meraih kemenangan di PRU 14, dengan pertolongan PPBM, PH berjaya mendapatkan undi dari orang Melayu.

Tetapi sekiranya berlaku PRN Melaka, tanpa PPBM bersama mereka, PH sudah pasti akan kehilangan undi orang Melayu.

Agak mustahil untuk orang Melayu memberikan undi kepada PKR, apa lagi DAP.





Lebih mustahil untuk PPBM berkerjasama dengan PH kerana tindakan itu akan membuatkan sokongan orang Melayu di seluruh kepada PPBM akan hilang sama sekali.

Bukan sahaja orang Melayu, malah sebahagian besar rakyat Malaysia masih belum dapat melupakan penderitaan 22 bulan di bawah pemerintahan PH.

Dan sekiranya berlaku pertembungan 3 penjuru antara BN, PH dan PN, besar kemungkinan PH akan kehilangan banyak kerusi yang pernah dimenangi dalam PRU 14, ini pasti akan memberikan imej yang buruk kepada PH dalam PRU 15 nanti.

Hakikatnya, PH masih lagi takut untuk menghadapi pilihanraya dan pergolakan yang berlaku di Negeri Sembilan sebelum ini adalah bukti yang cukup sahih.





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker