Presiden MIC: MIC Mahu Bertanding 11 Kerusi Parlimen Dalam PRU 15

Presiden MIC, SA Vigneswaran, parti komponen di dalam Barisan Nasional memberi bayangan parti itu mahu bertanding sebanyak 11 kerusi Parlimen di dalam PRU 15 nanti.

“Buat masa ini, wakil MIC telah turun di 11 kerusi parlimen”.

“Yang sesuai kami bertanding”.

“Yang tidak sesuai kami akan beri kepada rakan komponen BN untuk bertanding,” katanya.





Beliau juga berkata parti itu tiada masalah dengan pengumuman Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi bahawa parti Makkal Sakthi akan diberi tempat untuk bertanding di bawah tiket BN pada pilihan raya umum akan datang.

“Kami tidak akan halang sesiapa”.

“Tetapi, kami akan memberi pandangan kami berhubung apa yang penting kepada MIC”.

“Tidak benar jika ada pihak kata MIC marah atau iri hati kerana pihak lain diberi kerusi”.

“Malah, kami tidak pernah memikir isu-isu tersebut”.





“Apa yang Zahid kata adalah kami (Umno) akan memberi peluang kepada Makkal Sakthi untuk bertanding, dan akan membawa isu ini di peringkat BN”.

“Sehingga kini perkara itu masih tidak dibincang”.

“Jadi, tidak baik bagi saya untuk memberi komen,” katanya.

Untuk rekod, MIC cuma memenangi 2 kerusi Parlimen, Tapah dan Cameron Highlands tetapi kerusi Parlimen Cameron Highlands dimenangi UMNO apabila kemenangan MIC dibatalkan.

Manakala kemenangan MIC di Parlimen Tapah pula adalah atas ehsan UMNO memandangkan majoriti pengundi Parlimen Tapah adalah Melayu.





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker