Presiden UMNO Dedahkan Lebih Ramai Pemimpin Dan Ahli PPBM Akan Kembali Ke Pangkuan UMNO

Sebelum ini Edisi Siasat ada menyiarkan artikel bagaimana PPBM menggunakan PAS untuk memujuk UMNO berkerjasama dengannPerikatan Nasional.

Baca di sini:

http://edisisiasat.com/2021/10/03/pas-sudah-mula-hilang-keyakinan-pada-pn/

Namun, lain yang dirancang, lain pula jadinya.





Kenyataan Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin, menggambarkan PAS sudah mula hilang keyakinan terhadap PPBM.

Kegusaran PAS ini sebenarnya berasas.

Dalam hantaran di Facebook, Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi, mendedahkan lebih ramai pemimpin dan ahli PPBM akan kembali kepada UMNO.

Baca di sini:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=398292811667973&id=100044617711053





DS Zahid berkata, beberapa hari lalu, bekas Ketua Bahagian PPBM Putrajaya bersama 120 orang ahli PPBM sudah menyertai kembali UMNO.

Menurut beliau, gerakan ini bukan yang terakhir tetapi kini, UMNO sedang meneliti banyak lagi permohonan yang sama dari pemimpin dan ahli PPBM.

“In Sya Allah, kita perhalusi setiap permohonan dengan berlapang dada dan jiwa besar”.

Perkembangan terkini sudah pasti mewujudkan kebimbangan kepada PAS terhadap PPBM yang menjadi tunggak Perikatan Nasional.

Persoalannya sekarang, apakah UMNO akan teeus berlapang dada dengan PAS setelah dikhianati?





Edisi Siasat doakan yang terbaik demi untuk kebaikan semua.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker