SARAH FAZNY SELAMAT BERGELAR ISTERI AHLI PERNIAGAAN

SARAH FAZNY SELAMAT BERGELAR ISTERI AHLI PERNIAGAAN

Kira-kira pukul 9.30 pagi Jumaat tanggal 1 Oktober, penyanyi Sarah Fazny, 26, telah selamat bernikah dengan pasangannya, ahli perniagaan, Mohd Zahieroun Zahid, 35, di Masjid Bukit Indah, Ampang, selepas dua tahun berkenalan.

Pada majlis tersebut, ia hanya dihadiri Sarah, suami dan bapanya bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Acara akad nikah disempurnakan oleh bapa kandungnya, Mahadzir Mohd Ali selaku jurunikah dan wali.

Terpaksa menunda tarikh perkahwinannya yang dijadualkan pada Jun lalu, penyanyi lagu ‘Tak Mungkin’ ini meluahkan rasa syukur urusan membina masjid itu dipermudahkan walaupan hanya dua minggu melakukan persiapan.





“Kami sepatutnya berkahwin pada 12 Jun bersempena sambutan ulang tahun kelahiran suami ke-35. Bagaimanapun, ia terpaksa ditunda susulan situasi pandemik Covid-19. Awalnya kami juga ada merancang untuk bertunang terlebih dulu tapi akhirnya memutuskan terus bernikah saja. Majlis kecil saja tapi saya dan suami tetap buat pelamin mini di rumah untuk abadikan kenangan.

“Sarah tak sangka akan bernikah pada usia 26 tahun, tapi jodoh datang awal. Tipu la tak happy, sebab ayah Sarah bukan senang nak bagi Sarah berkawan dengan lelaki. Alhamdulillah hubungan kami dipermudahkan dah keluarga restu. Kami dapat tarikh nikah ini dua minggu lalu,” katanya.

Sarah menerima mas kahwin RM300 dan tiga dulang hantaran berbalas lima. Manakala, jumlah wang hantaran dirahsiakan. Penyanyi yang dicungkil bakatnya daripada program Mentor Legend 2015 itu berkongsi dia mengenali Mohd Zahieroun dua tahun lalu.

“Sebenarnya saya masih mahu fokus kerjaya seni terlebih dahulu tapi bertemu jodoh dengannya pula. Ibu bapa pun restu dan enggan kami bercinta lama-lama. Suami pun serius untuk berkahwin dengan saya. Bahkan, dia meluahkan hasrat mahu memperisterikan saya di hadapan ibu bapa saya sendiri” ujarnya.





Sarah atau nama sebenarnya Maishara Fazny Mahadzir, 26, memberitahu dia memilih jejaka berusia 35 tahun itu kerana sikap matang dan menghormati orang tua yang ditunjukkan sepanjang perkenalan mereka. Dia juga tidak menjangkakan hubungan yang bermula di laman sosial Facebook itu akhirnya membawa ke jenjang pelamin.

“Kami berkenalan di Facebook, suami saya ahli perniagaan yang membekal perabot terpakai. Kami tak jangka pun akan kahwin sebab tempoh perkenalan kurang dari dua tahun. Dia datang nak jumpa mak ayah supaya senang nak ajak keluar. Saya suka dia sebab dia matang dan suka cara dia kendalikan sesuatu keadaan. Saya suka cara dia layan keluarganya dengan lembut dan sangat penyanyang,” jelasnya.

SARAH FAZNY SELAMAT BERGELAR ISTERI AHLI PERNIAGAAN


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


http://edisisiasat.com/2021/10/03/usahawan-dedah-izara-aishah-tak-nak-tudung-singkat-minta-gaya-labuh/





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker