Shabery ucap takziah buat keluarga Zolkples

Shabery ucap takziah buat keluarga Zolkples

Shabery ucap takziah buat keluarga Zolkples

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menzahirkan rasa dukacita dengan kehilangan tokoh sukan tanah air yang juga bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Allahyarham Datuk Seri Zolkples Embong, hari ini.

Dalam hantarannya di Facebook, Shabery yang memegang jawatan berkenaan dari tahun 2009 hingga 2013 berkata, beliau kehilangan seorang rakan dan guru yang banyak mengajarnya mengenai dunia sukan.

“Mendapat berita dukacita. DS (Datuk Seri) Zolkples Embong bekas KP (Ketua Pengarah) Majlis Sukan Negara sudah tiada lagi.





“Saya kehilangan seorang kawan dan seorang guru yang banyak mengajar saya tentang dunia sukan. Banyak jasanya kepada pembangunan sukan negara termasuk pembangunan sukan berbasikal yang melahirkan ramai jaguh dunia.

“Semoga rohnya dicucuri rahmat. Salah takziah buat keluarga dan sahabat terdekat. Al-Fatihah,” kata Shabery.

Allahyarham berhidmat selaku Ketua Pengarah MSN dari April 2007 hingga Disember 2014 selain pernah memikul tanggungjawab selaku Ketua Pegawai Eksekutif Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Shabery ucap takziah buat keluarga Zolkples


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


http://edisisiasat.com/2021/10/03/sprm-minta-jkdm-salur-maklumat-siasatan-sisa-buangan-berjadual/





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker