SPRM minta JKDM salur maklumat siasatan sisa buangan berjadual

SPRM minta JKDM salur maklumat siasatan sisa buangan berjadual

SPRM minta JKDM salur maklumat siasatan sisa buangan berjadual

KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki meminta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk menyalurkan maklumat serta hasil siasatan sekiranya berlaku ketirisan proses membawa masuk sisa berjadual ke negara ini.

Beliau berkata, setakat ini SPRM masih belum menerima maklumat baharu berhubung perkara itu, namun bersedia untuk bekerjasama dengan agensi dan jabatan yang terbabit.

“Kes sisa berjadual kita pernah siasat dan ambil tindakan sebelum ini.





“Biar kastam buat siasatan di bawah bidang kuasa mereka dulu,” katanya kepada BH hari ini.

BH hari ini melaporkan, Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir, berkata syarikat yang menyeludup sisa buangan berjadual secara haram ke negara ini didapati memalsukan kod kastam dengan menggunakan kod komoditi (HS) bagi barangan lain untuk mengelakkan kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa.

Abdul Latif berkata, tindakan memalsukan kod kastam itu diklasifikasikan sebagai deklarasi palsu.

Sebelum ini, Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendedahkan ada syarikat tempatan termasuk yang ditubuhkan bersama pelabur asing menggunakan kod kastam palsu untuk membawa masuk sisa berjadual ke negara ini.

Ketua Pengarah JAS, Wan Abdul Latiff Wan Jaffar, dilaporkan berkata, Malaysia kini menjadi antara negara dijadikan pusat memproses sisa buangan berjadual untuk dijadikan jongkong sebelum dieksport ke negara lain terutama China.

Sebanyak 77 jenis buangan berjadual disenaraikan di bawah Jadual Pertama Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.





SPRM minta JKDM salur maklumat siasatan sisa buangan berjadual

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker