Suarez buat Koeman lebih tertekan

Suarez buat Koeman lebih tertekan
Penyerang Atletico Madrid Luis Suarez (kiri) membuat isyarat menelefon selepas menjaringkan gol menentang bekas kelabnya Barcelona di Wanda Metropolitano. – AFP

Suarez buat Koeman lebih tertekan

MADRID: Luis Suarez menambah tekanan ke atas Barcelona dengan menjaringkan gol ketika kemenangan 2-0 Atletico Madrid ketika Ronald Koeman menegaskan dia masih mendapat sokongan untuk terus mengendali Barca.

Beberapa jam sebelum sepak mula, presiden Barca Joan Laporta berkata Koeman akan terus menjadi pengendali tanpa mengira keputusan di Wanda Metropolitano, tetapi pendirian itu mungkin akan berubah selepas rehat dua minggu perlawanan antarabangsa.

“Penjelasan adalah penting, untuk keyakinan seorang jurulatih, untuk pemain-pemain juga, bagi mengetahui yang jurulatih masih di sini.

“Dia membuat keputusannya, jadi semuanya adalah sempurna,” kata Koeman yang membalas kepercayaan Laporta dengan satu lagi persembahan hambar.





Suarez tidak meraikan jaringannya bagi menunjukkan rasa hormat kepada bekas kelabnya, di mana dia menjaringkan 198 gol sepanjang enam tahun di Barcelona.

“Ia atas dasar hormat, cinta, untuk perjalanan yang saya harungi di Barca dan juga buat peminat-peminat,” kata Suarez.

Bagaimanapun bintang Uruguay itu membuat isyarat menelefon yang seakan ditujukan kepada Koeman, selepas pengendali itu memberitahunya yang dia tidak diperlukan di Camp Nou lebih setahun lalu.

“Itu untuk mereka yang merasakan saya masih menggunakan nombor yang sama,” katanya.

Thomas Lemar meletakkan Atletico di depan sebelum Suarez menambah jaringan untuk mendahului dua gol sebelum rehat. – AFP





Pemain Atletico, Thomas Lemar (kiri) bersaing dengan pemain Barcelona, Gavi, pada aksi perlawanan awal pagi tadi. – Foto EPA

Suarez buat Koeman lebih tertekan


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


http://edisisiasat.com/2021/10/03/12-lelaki-ditahan-gaduh-dua-kumpulan/

 

 

 





 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker