Tunjuk perasaan menentang larangan akses pengguguran di AS

Tunjuk perasaan menentang larangan akses pengguguran di AS
Puluhan ribu wanita di Amerika Syarikat (AS) menyertai tunjuk perasaan menentang usaha konservatif menyekat akses kepada pengguguran. – Foto AFP

Tunjuk perasaan menentang larangan akses pengguguran di AS

WASHINGTON: Puluhan ribu wanita membanjiri jalan di seluruh Amerika Syarikat (AS) semalam dengan memakai topi merah jambu dan kemeja-T sambil melaungkan ‘jangan sentuh badan saya’ sebagai simbolik tunjuk perasaan bertujuan menentang usaha konservatif menyekat akses kepada pengguguran.

Di Washington, hampir 10,000 penunjuk perasaan berarak dari dataran berhampiran Rumah Putih sebelum menuju ke Mahkamah Agung yang akan memutuskan mengenai isu berkenaan.

Penunjuk perasaan berarak sambil membawa sepanduk tertera ‘jaga rahim sendiri’ dan ‘jadikan pengguguran itu sah’.

Ada beberapa wanita dan lelaki berpakaian seperti Hakim Mahkamah Agung, Ruth Bader Ginsburg, mirip pejuang hak asasi ikonik Amerika Syarikat (AS) yang meninggal dunia tahun lalu.





Perdebatan mengenai prosedur di AS menjadi lebih tegang sejak Texas menguatkuasakan undang-undang mengharamkan pengguguran pada 1 September lalu, sekali gus mencetuskan ‘serangan balas’ sengit dilancarkan di mahkamah dan di kongres.

Dua hari sebelum Mahkamah Agung dijadual membuat keputusan mengenainya, demonstrasi berlangsung di beberapa ratus bandar seluruh AS.

“Wanita adalah wanita, kami penuh dengan kemanusiaan dan kami perlu dilayan seperti manusia sepenuhnya,” katanya bekas guru, Laura Bushwitz, 66, dari Florida yang berpakaian tertera potret aktivis wanita dan ahli politik.

“Kami sepatutnya boleh membuat pilihan kami sendiri mengenai apa yang kami mahu lakukan dengan tubuh kami. Cukup,” kata wanita itu.

Di New York, aktivis berhimpun di Dataran Foley dekat Manhattan sambil memegang sepanduk tertera ‘We are not ovary-acting’ (‘Kami bukan bertindak berlebihan’) dan ‘I have a vagenda’ (‘Saya mempunyai satu agenda’).





Seorang remaja, Juliette O’shea, 17, turut mengajak 30 remaja lain dari Sekolah Tinggi Manhattan untuk menyertai perarakan bagi menunjukkan solidariti dengan Texas.

“Kami cuba tunjukkan bahawa kami seorang yang kuat dan bersatupadu yang tidak akan berdiam diri apabila larangan gila pengguguran seperti di Texas dikuatkuasakan,” katanya kepada AFP sambil menambah ‘pertarungan’ ini akan berlangsung lama dan jelek.

Mahkamah Agung menolak untuk menyekat undang-undang Texas dan bersetuju untuk mengkaji undang-undang Mississippi.

Setakat ini, 19 negeri mengkuatkuasakan 63 undang-undang yang melarang akses kepada pengguguran.

Rang Undang-Undang (RUU) itu diterima seminggu lalu di Dewan Perwakilan yang dikendalikan oleh Demokrat, tetapi tidak mempunyai sempat untuk diluluskan Senat di mana Republikan memiliki cukup undi untuk menyekatnya. – AFP





Tunjuk perasaan menentang larangan akses pengguguran di AS


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


http://edisisiasat.com/2021/10/02/ini-baru-betul-skil-memandu-level-dewa-video/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker