Tunjuk perasaan singkir Presiden Brazil, Jair Bolsonaro

Tunjuk perasaan singkir Presiden Brazil, Jair Bolsonaro
Ramai berhimpun di Rio de Janeiro, Sao Paulo, Brasilia dan puluhan bandar serta pekan sebagai sebahagian daripada ‘Kempen Kebangsaan Singkirkan Bolsonaro’. – Foto AFP

Tunjuk perasaan singkir Presiden Brazil, Jair Bolsonaro

RIO DE JANEIRO: Puluhan ribu rakyat Brazil sekali lagi turun ke jalanan di seluruh negara itu untuk memberi tekanan bagi menyingkirkan Presiden Jair Bolsonaro kerana didakwa gagal menguruskan pandemik COVID-19.

Ramai berhimpun di Rio de Janeiro, Sao Paulo, Brasilia dan puluhan bandar serta pekan sebagai sebahagian daripada ‘Kempen Kebangsaan Singkirkan Bolsonaro’.

Kempen itu turut mendapatkan sokongan puluhan pemimpin politik sayap kiri dan kumpulan buruh.

Selain isu berbangkit lain, presiden sayap kanan itu dikritik hebat kerana tidak cekap menguruskan pandemik apabila hampir 600,000 nyawa maut.





Ratusan orang berarak di sepanjang jalan sekitar Candelaria, di Rio de Janeiro tengah sambil melaungkan ‘Bolsonaro out!’ yang juga terpampang di beberapa sepanduk besar.

“Kami akan mengheretnya keluar. Harapan orang di jalanan adalah untuk memberi tekanan kepada penggubal undang-undang supaya mereka boleh singkirkan,” kata seorang pesara profesor, Elizabeth Simoes kepada AFP.

Lebih 100 permohonan untuk menyingkirkan Bolsonaro diserahkan kepada Dewan Rakyat, tetapi ketuanya, Arthur Lira, seorang sekutu kerajaan enggan menerimanya.

Mahkamah Tinggi mengarahkan beberapa siasatan terhadap Bolsonaro dan pembantunya termasuk menyebarkan maklumat palsu.

Di Sao Paulo, puluhan ribu berhimpun tengah hari semalam di tengah Paulista Avenue, termasuk bekas Menteri Kabinet, Ciro Gomes.





“Bolsonaro sedang memusnahkan ekonomi negara. Beliau cuma memalukan Brazil di luar negara dan bertanggungjawab atas kematian hampir 600,000 rakyat Brazil akibat COVID-19,” katanya.

Sementara itu, ratusan penunjuk perasaan berhimpun di sepanjang Esplanade of Ministires di Brasilia, kawasan terletak bangunan pejabat menteri.

Menurut laporan media tempatan, tunjuk perasaan berlangsung di 24 daripada 27 keseluruhan negeri di Brazil dan 84 bandar termasuk 14 ibu negeri. – AFP

Tunjuk perasaan singkir Presiden Brazil, Jair Bolsonaro

 


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami






http://edisisiasat.com/2021/09/27/zuraidah-kes-adib-sudah-di-tutup/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker