Azmin Dan Zuraida Akan Tubuhkan Parti Negara Malaysia (PNM)

Angin yang membawa berita Azmin dan Zuraida akan menubuhkan parti politik baharu yang dinamakan Parti Negara Malaysia (PNM).

Ketika ditanya mengenai kesahihan dakwaan yang dicetuskan mengenai penglibatan beliau dalam parti baharu itu, Ahli Parlimen Ampang itu tidak menafikan sekadar berkata, perkara itu saling tidak ubah sekadar desas-desus.

Dumber memaklumkan sebuah parti politik yang diterajui beliau akan ditubuhkan pada akhir bulan ini.

Parti politik baharu itu terbuka menerima menerima keahlian pelbagai kaum dengan penubuhannya mengikut acuan Parti Keadilan Rakyat (PKR).





Ia adalah sebagai tindakbalas terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang tidak menerima sebahagian daripada ahli dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan penyokong Zuraida serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Penubuhan parti baharu itu bagi membolehkan penyokong beliau dan penyokong Azmin bergerak dalam sebuah platform selepas tersingkir sebagai ahli PKR.

Edisi Siasat difahamkan, pengenalan dan pelancaran parti baharu itu akan dibuat di ibu negara hujung bulan ini.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker