Dollah bukan punca Pahang merosot

Dollah bukan punca Pahang merosot
Gambar fail – Dollah Salleh (kanan) dan Dickson Nwakaeme.

Dollah bukan punca Pahang merosot

KUALA LUMPUR: Bekas pemain import Sri Pahang FC, Dickson Nwakaeme tidak menganggap Dollah Salleh sebagai punca utama masalah prestasi yang dialami skuad Tok Gajah ketika ini.

Masa depan bekas pengendali skuad kebangsaan itu bersama Sri Pahang menjadi persoalan selepas pasukannya bergelut sepanjang Liga Malaysia (Liga M) musim ini termasuk tewas dua kali berturut-turut dalam aksi Kumpulan A saingan Piala Malaysia.

Bagi Nwakaeme, ia perkara biasa yang perlu diharungi Dollah yang mana jurulatih akan menjadi sasaran utama sekiranya pasukan tidak berjaya menampilkan prestasi terbaik.

“Percayalah Dollah Salleh bukan masalahnya. Jurulatih sentiasa menjadi sasaran mudah untuk disalahkan apabila pasukan tidak beraksi baik.

“Saya pernah bermain dengan Sri Pahang dua kali, dan pernah bermain di bawah Dollah Salleh. Bukan mahu pertahankan, tapi mahu memberitahu realiti kepada penyokong.





Semalam, legenda bola sepak Pahang, Datuk Jamal Nasir Ismail menerusi laporan BH Sukan menegaskan ketika ini bukan masanya untuk membincangkan mengenai masa depan Dollah sekali pun pasukan bergelut dengan masalah prestasi.

Dollah bukan punca Pahang merosot


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


http://edisisiasat.com/2021/10/04/nenek-aliff-syukri-kembali-ke-rahmatullah-al-fatihah/

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker