Idris Haron Ketuai 4 ADUN Melompat Ke Pakatan Harapan (Video Sidang Media)

Mantan Ketua Menteri Melaka yang juga merupakan ADUN Sg Udang, Idris Haron, mengetuai 4 ADUN Melaka berpaling tadah dari blok kerajaan ke blok pembangkang bagi mengembalikan kuasa kepada Pakatan Harapan untuk memerintah negeri Melaka.

Dengan tindakan Idris itu, dengan sendirinya mengesahkan bahawa penafian Idris bahawa beliau terlibat dalam pakatan menjatuhkan kerajaan Negeri Melaka adalah pembohongan.

Selaras dengan itu, sebagaimana amaran yang telah diberikan oleh Timbalan Presiden UMNO, DS Mohamad Hasan, keahlian Idris sebagai ahli UMNO gugur dengan sendirinya.

3 ADUN lain yang bersama-sama Idris ialah ADUN Pantai Kundor, Nor Azman Hassan, ADUN Telok Mas dari Bersatu, Noor Effendi Ahmad dan ADUN Pengkalan Batu, Nohizam Hassan Baktee.

Kedudukan kerajaan Negeri Melaka sekarang bergantung kepada keputusan TYT Melaka, Tun Mohd Ali Rustam, untuk mempertimbangkan sama ada untuk membenarkan peralihan kuasa melalui surat akuan bersumpah atau mengisytiharkan Darurat Politik serta melantik kerajaan interim atau membuat pilihanraya negeri.





Kerajaan Melaka ketika ini diwakili 17 Adun dengan 14 daripadanya diwakili Umno, diikuti dua Parti Bersatu dan satu Bebas manakala pembangkang pula 11 kerusi.

Dengan 4 orang ADUN kerajaan berpaling tadah, maka kini blok pembangkang mempunyai 15 kerusi ADUN, manakala kerajaan cuma mempunyai 13 kerusi ADUN.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker