Idris Haron Nafi Berpakat Jatuhkan Kerajaan Negeri, Betulkah?

Mantan Ketua Menteri Melaka yang juga merupakan ADUN Sg Udang, menafikan khabar angin yang melibatkan nama beliau di dalam menjatuhkan Kerajaan Negeri Melaka.

“No such thing (tiada perkara sebegitu)”.

“Saya tidak faham mengapa saya dikaitkan (dalam gerakan menjatuhkan kerajaan negeri), (namun) saya rasa mungkin ada gerakan seperti itu daripada pihak lain tetapi yang pastinya bukan inisiatif saya”.

“Tiada `lompatan’ dan (saya) tiada masalah dengan CM (Ketua Menteri),” katanya.





Baca di sini:

https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2021/10/871935/idris-haron-nafi-terbabit-jatuhkan-kerajaan-negeri

Mungkin Idris boleh menjawab mengenai beberapa siri pertemuan antara beliau dengan beberapa ADUN lain dari blok kerajaan dan pembangkang.

Dalam membersihkan nama beliau, Idris juga perlu menjelaskan bagaimana timbul perkhabaran yang beliau menekan UMNO Melaka untuk menunaikan beberapa permintaan beliau.

Bagi Edisi Siasat, penafian yang dibuat oleh Idris hanyalah kerana bimbang namanya akan digugurkan dalam PRU 15 seperti amaran yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden UMNO, DS Mohamad Hasan.





Dan kegagalan menjatuhkan Kerajaan Negeri Melaka adalah dalil bahawa Pakatan Harapan takut untuk menghadapi Pilihanraya Negeri.

Baca di sini:

http://edisisiasat.com/2021/10/03/ph-bimbang-dun-melaka-di-bubarkan/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker