IFA RAZIAH DAPAT HADIAH ‘KEK DUIT’ TINGKAT DARI SUAMI BERJUMLAH RM1,000

IFA RAZIAH DAPAT HADIAH ‘KEK DUIT’ TINGKAT DARI SUAMI BERJUMLAH RM1,000

“Kek duit itu hadiah daripada suami. Setiap tingkat disusun wang RM1 berjumlah RM1 ribu. Alhamdulillah, walaupun tidak ada beg tangan LV pada tahun ini, tetapi ingatan itu yang paling penting.

“Kalau tahun-tahun sebelum ini Ifa Raziah akan membuat sambutan hari lahir yang ‘grand’ tetapi tidak untuk 2021. Kali ini sambutan hanya di rumah dengan tetamu yang hadir pun terhad. Hanya beberapa teman rapat sahaja.

“Lagi pula, tahun ini kan kami berpindah rumah banyak juga pakai duit,” itulah kata penyanyi dan pelakon Ifa Raziah apabila keunikan kek hari lahirnya menjadi perhatian warganet.





‘Kek Duit’ yang dihiasi buah strawberi segar itu turut disusun wang kertas RM1 setinggi lima tingkat. Menurut Ifa, kek tersebut merupakan hadiah hari lahir daripada suami tercinta yang turut memberikan dua utas rantai emas.

Ifa ketika dihubungi, bagaimanapun tidak merahsiakan jumlah wang pada ‘Kek Duit’ tersebut. Selain kek, suami turut menghadiahkan dua utas gelang tangan.

Tambah Ifa, tahun ini ulangtahun kelahirannya disambut secara sederhana dengan jumlah kehadiran yang terhad. Dalam perkembangan lain, Ifa turut berkongsi perkembangan mengenai Star Vendors.

“Setakat ini proses pemulangan wang bagi bayaran sewaan tapak kepada vendors sudah selesai. Kira-kira RM500,000 semuanya,” katanya yang yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Star Vendors Sdn. Bhd.





IFA RAZIAH DAPAT HADIAH ‘KEK DUIT’ TINGKAT DARI SUAMI BERJUMLAH RM1,000

 


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


http://edisisiasat.com/2021/10/04/nora-danish-sedih-lepaskan-anak-sulung-ke-sekolah-swasta-berasrama-penuh/





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker