India saingi China tempatkan tentera di sempadan

India saingi China tempatkan tentera di sempadan
Keadaan kekal tegang di sempadan India-China berhampiran lembah sungai Galwan di wilayah Ladakh, India berdekatan Tibet. – Foto EPA

India saingi China tempatkan tentera di sempadan

NEW DELHI: India memandang serius penempatan tentera China di persempadanan negara itu, yang dilihat semakin bertambah sejak kebelakangan ini.

Perkara itu dinyatakan Ketua Tentera India, Jeneral Manoj Mukund Naravane, yang bimbang pertambahan jumlah tentera China itu akan meningkatkan ketegangan.

Ketegangan memuncak antara negara berjiran yang mempunyai senjata nuklear berikutan pertempuran mengorbankan sejumlah besar anggota tentera Jun tahun lalu berhampiran lembah sungai Galwan di wilayah Ladakh, India berdekatan Tibet.

Selepas pertempuran itu kedua-dua negara, yang mempunyai jumlah rakyat teramai di dunia, kini menempatkan puluhan ribu tentera tambahan di wilayah tanah tinggi Himalaya.





Naravane, yang bercakap dengan wartawan di Ladakh hari ini, memberitahu kehadiran tentera China di sepanjang sempadan 3,500 kilometer itu bertambah dalam jumlah yang cukup banyak, sekali gus menjadi perhatian utama.

Katanya, sebagai tindak balas, tentera India juga akan ditambah di sempadan negara.

“Kami juga menggunakan persenjataan canggih. Kami kuat, cukup bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya kepada akhbar Times of India.

India dan China sudah mengadakan rundingan ketenteraan peringkat tinggi selepas pertempuran Jun tahun lalu dan menurut Naravane, rundingan seterusnya dijangka diadakan minggu depan.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying, yang menuduh tentera India secara haram menyeberangi sempadan wilayah China.





Menurut New Delhi tuduhan China itu ‘tidak mempunyai fakta yang berasas’.

Minggu lalu, media tempatan yang memetik sumber tidak dinamakan, melaporkan hampir 100 tentera China melintasi sempadan ke negeri Uttarakhand selama beberapa jam pada akhir bulan Ogos.

India dan China, pernah berperang secara besar-besaran pada 1962, saling tuduh menuduh antara satu sama lain dalam cubaan merebut wilayah di sepanjang sempadan tidak rasmi mereka yang dikenali sebagai Garis Kawalan Sebenar (LAC). – AFP

India saingi China tempatkan tentera di sempadan


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


http://edisisiasat.com/2021/10/04/bila-sang-bedal-mampu-di-jinakkan/





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker