Jawatankuasa siasatan dalaman isu Ziyad bersidang esok

Muhammad Ziyad Zolkefli ketika menyertai final acara lontar peluru pada temasya Sukan Paralimpik 2020 di Stadium Olimpik Tokyo, 31 Ogos lalu. – Foto AFP.

Jawatankuasa siasatan dalaman isu Ziyad bersidang esok

KUALA LUMPUR: Skop siasatan berhubung kontroversi yang melanda jaguh lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli di Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Ogos lalu akan ditentukan apabila Jawatankuasa Siasatan Dalaman mula bersidang esok.

Seorang daripada anggota jawatankuasa yang dilantik iaitu ketua jurulatih olahraga kebangsaan, Mohd Manshahar Abdul Jalil, berkata setakat ini belum ada sebarang ketetapan dibuat termasuk mengenai saksi yang akan dipanggil bagi membantu siasatan.

“Mesyuarat kali pertama hanya akan bermula esok. Setakat ini belum ada apa-apa perbincangan lagi, mungkin esok baru boleh dapat gambaran yang lebih jelas,” katanya kepada BH Sukan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebelum ini berkata, Jawatankuasa Siasatan Dalaman dijadual bersidang dari 4 hingga 8 Oktober ini dan tindakan selanjutnya akan diambil kementeriannya selepas meneliti laporan yang diterima.

Jawatankuasa itu akan berada di bawah seliaan Majlis Sukan Negara (MSN) dan akan dipengerusikan mantan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Borhan Dolah.





Turut menganggotai jawatankuasa berkenaan adalah bekas Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salim Parlan selain Mohd Manshahar.

Ziyad terlepas emas dan rekod dunia yang dilakukannya dengan catatan 17.94 meter (m) selepas penyertaannya diklasifikasikan sebagai DNS (tidak bermula) susulan protes yang dilakukan Ukraine disebabkan kelewatannya tiba di bilik menunggu sebelum pertandingan dimulakan.

Jawatankuasa siasatan dalaman isu Ziyad bersidang esok


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


http://edisisiasat.com/2021/10/04/dollah-bukan-punca-pahang-merosot/

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker