Kartunis Hina Nabi Muhammad SAW Mati Dalam Kemalangan Ngeri

Seorang kartunis Sweden yang pernah menimbulkan kemarahan umat Islam dengan karikatur Nabi Muhammad, maut dalam kemalangan ngeri di Stockholm, Sweden.

Kemalangan itu melibatkan kenderaan polis yang membawa Lars Vilks bertembung dengan sebuah trak berhampiran bandar Markaryd di selatan Sweden.

2 pegawai polis juga terbunuh dan pemandu lori hanya mengalami kecederaan.

Vilks, 75, hidup di bawah perlindungan polis setelah menjadi sasaran ancaman mati susulan tindakan melukis kartun tersebut.





Kartun yang menyinggung perasaan masyarakat Islam itu diterbitkan pada tahun 2007, dengan gambaran visual Nabi dianggap sebagai satu penghinaan.

Ekoran dari pengumuman Al-Qaeda di Iraq yang menawarkan ganjaran AS$ 100,000 (£ 73,692) untuk membunuhnya, Perdana Menteri ketika itu, Fredrik Reinfeldt terpaksa bertemu dengan duta-duta besar dari 22 negara Islam dalam usaha untuk meredakan keadaan.

 

Sumber: Malaysia Gazette





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker