Letupan di luar masjid di Kabul, 2 maut

Letupan di luar masjid di Kabul, 2 maut
Pejuang Taliban (kiri) berkawal ketika kakitangan perubatan menunggu di pintu masuk hospital bagi menerima mangsa letupan di Kabul, Afghanistan. – Foto AFP

Letupan di luar masjid di Kabul, 2 maut

KABUL: Letupan di luar sebuah masjid di ibu negara Afghanistan hari ini mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang awam, menurut pegawai kanan Taliban.

Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid, menerusi ciapan Twitter, berkata letupan berlaku di pintu masuk masjid besar Eid Gah di Kabul dan ‘beberapa orang awam’ maut.

Jurucakap Menteri Dalam Negeri, Qari Sayed Khosti, pula memberitahu AFP bahawa berdasarkan maklumat awal, dua orang awam terbunuh manakala tiga lagi cedera.

Ketika itu, upacara sembahyang bagi arwah ibu Mujahid, yang meninggal dunia minggu lalu, sedang diadakan di masjid itu pada petang berkenaan.





Beliau, menerusi paparan di media sosial, menjemput semua rakan taulan untuk menghadirinya.

Seorang pekedai berhampiran, Ahmadullah, memberitahu AFP bahawa beliau mendengar letupan kuat dari arah berdekatan Masjid Eid Gah Mosque diikuti bunyi tembakan.

“Ia tidak jauh dari sekatan jalan dilakukan oleh pejuang Taliban sebagai persediaan bagi memudahkan urusan sembahyang bagi ibu Mujahid di masjid berkenaan,” katanya.

Wartawan AFP di dua lokasi berbeza di kabul turut mendengar letupan dan tembakan itu.

Ambulans membawa mangsa yang cedera turut kelihatan menuju ke Hospital Kecemasan Kabul di Shahr-e Naw.





Pihak hospital, menerusi ciapan Twitter, berkata empat mangsa sedang dirawat manakala wartawan AFP melihat beberapa individu berlumuran darah tiba di hospital berkenaan. – AFP

Letupan di luar masjid di Kabul, 2 maut


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


http://edisisiasat.com/2021/10/04/azmin-dan-zuraida-akan-tubuhkan-parti-negara-malaysia-pnm/





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker